Ibu Tunggal Cekal Urus Anak Menghidap Cerebral Palsy – Manis Madu
FI Ibu Tunggal Cekal Urus Anak Menghidap Cerebral Palsy

Ibu Tunggal Cekal Urus Anak Menghidap Cerebral Palsy

Menjadi seorang ibu tunggal bukanlah suatu perkara yang mudah. Menguruskan rumah tangga dan anak-anak seorang diri antara cabaran terbesar yang dihadap seorang ibu tunggal.

 

Siti Zubaidah Mohd Ali, 57, seorang ibu tunggal berasal dari Machang, Kelantan tabah dan cekal menguruskan anak istimewa yang menghidap Cerebral Palsy (CP) atau kelumpuhan otak lapor, BH Online.

 

Menurut Siti Zubaidah, Nur Athirah Najihah Ibrahim, 19, disahkan menghidap penyakit itu sejak berusia sembilan bulan dan menyebabkan dia hanya terlantar kaku di atas katil.

 

Lebih memilukan, Nur Athirah juga tidak boleh bercakap dan hanya komunikasi melalui kerdipan mata, Zubaidah dapat memahami kehendak anak istimewanya berkenaan.

 

“Saya redha dengan ujian ini dan akan menjaga amanah Allah ini sebaik mungkin selagi kudrat masih ada,” katanya.

 

Menurut Siti Zubaidah lagi, bagi meneruskan kelangsungan hidup sejak awal tahun ini dia membuka kedai menjual jeruk di hadapan rumah bagi mencari pendapatan tambahan untuk menampung keperluan anak istimewanya selain untuk makan dan minum mereka dua beranak.

 

“Untuk perbelanjaan Nur Athirah, saya perlu memperuntukkan lebih RM1,000 bagi membeli keperluannya terutama lampin pakai buang,” ujarnya yang turut mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500.

Sumber gambar Berita Harian

Post a Comment