Idea Doorgift Roti Gardenia Dapat Pujian, Praktikal & Kreatif!
Pasangan pengantin yang melangsungkan majlis perkahwinan pasti mahukan yang terbaik di hari bahagia mereka. Dari tempat, pakaian, dekorasi, makanan dan hadiah buat tetamu mestilah dirancang dengan baik mengikut kesesuaian bajet.
Baru-baru ini menerusi kumpulan di laman Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini, seorang wanita berkongsi idea doorgift unik terkini untuk para tetamu.
“Antara doorgift kat majlis kahwin zaman sekarang,” tulisnya.
Idea doorgift yang disebut oleh wanita itu adalah sebuku roti Gardenia yang dibalut dalam kotak bercorak cantik. Memang kreatif dan unik!
Melihat di ruangan komen, ramai warganet turut sama berkongsi pengalaman mendapat doorgift unik. Ada yang dapat kicap, sos, madu, susu pekat dan lain-lain.
Idea doorgift seperti itu juga dianggap praktikal dan tidak membazir kerana setiap tetamu pastinya akan menggunakan roti tersebut tanpa dibuang atau disimpan begitu sahaja.
“Wow, sangat practical…at least satu family boleh makan kan boleh bagi dengan telur. Perfect, i like lah…sihat je,” tulis seorang netizen.
“Bagus juga idea ni kalau bagi barang orang simpan dalam almari sampai tak cukup almari penuhnya. La ni bagi roti makan habis jadi berkat, moga tuan umah di murahkan rezki lagi,” tambah Salmah Majid.