Iklan Viral Emirates Airline, Penggambaran Di Puncak Burj Khalifa!
Demi menghasilkan iklan yang baik, pelbagai idea, kos serta risiko sanggup diambil sesebuah syarikat bertujuan menarik minat penonton.
Begitu juga yang berlaku terhadap sebuah syarikat penerbangan yang tular di laman sosial sehingga menyebabkan pihak syarikat terpaksa mengeluarkan proses penggambaran dijalankan sebagai bukti!
Difahamkan, setelah iklan tersebut disiarkan, ia mendapat perhatian kerana disifatkan sangat mendebarkan pengguna media sosial.
Namun, ada segelintir pihak yang menimbulkan keraguan terhadap penggambaran iklan tersebut dan menyatakan bahawa syarikat itu pasti menggunakan layar hijau atau kesan khas untuk video tersebut.
Iklan oleh syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai, Emirates menunjukkan seorang wanita yang berpakaian seperti pramugari Emirates sambil memegang plakad dengan mesej yang berbeza mengenai perkhidmatan syarikat penerbangan itu.
Setelah plakad terakhir, kamera memperlihatkan dia berdiri di atas Burj Khalifa setinggi 828 meter.
Apa yang lebih luar biasa adalah pramugari itu berdiri di atas ruangan yang sangat sempit, berseorangan dengan angin yang melintasinya. Dia juga mengekalkan senyumannya sepanjang video dan terlihat sangat tenang.
Rentetan itu, Emirates kini telah mengeluarkan video di belakang tabir untuk membuktikan bahawa iklan itu benar-benar di lakukan di bangunan tertinggi di dunia tanpa bantuan layar hijau atau kesan khas.
Di dalam video itu juga memaparkan wanita tersebut berkata, “Hai ibu, saya berada di puncak dunia,” kemudian menunjukkan kru mengelilingi model dan memasang tali keselamatan.
Video itu juga memperlihatkan bagaimana iklan itu dirancang dan dilaksanakan.
Model yang tampil dalam iklan itu ialah Nicole Smith-Ludvik seorang pengembara dunia, skydiver dan pengajar yoga.
View this post on Instagram
Bekerjasama untuk iklan itu, Nicole menulis bahawa ini adalah “salah satu aksi paling menakjubkan dan mengasyikkan” yang pernah dilakukannya.