Influencer Media Sosial Maut Terjatuh Kren Setinggi 160 Kaki Ketika Rakam Video Untuk Pengikut – Manis Madu
Influencer Media Sosial Maut Terjatuh Kren Setinggi 160 Kaki Ketika Rakam Video Untuk Pengikut

Influencer Media Sosial Maut Terjatuh Kren Setinggi 160 Kaki Ketika Rakam Video Untuk Pengikut

Seorang influencer media sosial maut akibat terjatuh daripada ketinggian 160 kaki ketika dia dilaporkan sedang merakam video dari atas sebuah kren, lapor Mirror UK.

 

Xiao Qiumei, 23, difahamkan sering berkongsi video mengenai dirinya yang bekerja sebagai seorang operator kren dengan ribuan pengikutnya.

Xiao Qiumei

Dalam kejadian jam 5.40 petang (waktu tempatan) Selasa lalu, saksi mendakwa semasa membuat rakaman video terakhirnya, mangsa terjatuh dengan telefon bimbit masih di tangannya.

mangsa terjatuh dengan telefon bimbit masih di tangannya

Ketika itu kebanyakan rakan sekerjanya sudah beredar dari lokasi mereka bekerja di bandar Quzhou, wilayah Zhejiang di barat China.

 

Namun keluarga terdekat Xiao menyangkal dakwaan tersebut dan mengatakan punca kematian mangsa adalah disebabkan kemalangan, bukan kerana melakukan rakaman video.

 

Tambah mereka, mangsa adalah seorang profesional ketika berada di tempat kerja dan menyimpan telefon bimbit di dalam beg sewaktu bekerja.

 

Xiao merupakan wanita kedua di China yang maut dipercayai ketika merakam video untuk dikongsi di laman sosial.

Pada 10 Julai lalu, Sofia Cheung, 32, yang juga seorang influencer media sosial dari Hong Kong, maut ketika mengambil swafoto sewaktu berada di air terjun.

Sumber Gambar: Mirror UK.

Post a Comment