Ingat Dah Cukup ‘Hero’ Kunyah Cili Padi, Rupanya Ada Cili Lebih Pedas! – Manis Madu
Ingat Dah Cukup ‘Hero’ Kunyah Cili Padi, Rupanya Ada Cili Lebih Pedas

Ingat Dah Cukup ‘Hero’ Kunyah Cili Padi, Rupanya Ada Cili Lebih Pedas!

Boleh dikatakan kebanyakan rakyat Malaysia menggemari makanan pedas, tengok jerrr kewujudan lambakan mi pedas di pasaran. Laris!

 

Di Malaysia juga, terdapat pelbagai jenis sambal yang akan dimakan bersama nasi. Contohnya sambal belacan, sambal tempoyak, sambal gesek, sambal kuini dan lain-lain. Lazimnya sambal-sambal ini dibuat menggunakan cili padi.

 

Untuk pengetahuan Maduners, cili padi yang dikatakan sangat pedas itu hanya mempunyai bacaan skala Scoville sekitar 100,000 – 250,000 SHU sahaja?

 

Jom kita tengok berapa skala Scoville bagi 5 cili terpedas di dunia!

#5 British Komodo Dragon (1,400,00 SHU)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farid Omar (@fred_omar)

Cili ini dihasilkan oleh pengeluar cili terbesar di United Kingdom iaitu Salvatore Genovese. Kalau korang makan cili ini, pedas dia bukan biasa-biasa! Mulut confirm akan terasa pedih dan hangat.

 

Bahkan terdapat dua orang sukarelawan pernah menjalani ujian merasa cili ini dan mendapati rasa pedas tidak hilang walaupun telah meneguk 2.3 liter susu dan 1 liter air.

#4 7 Pot Primo (1,473,480 SHU)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alec LB (@bigredinnc)

Cili ini dicipta oleh seorang ahli horikultur dari Louisiana bernama Troy Primeaux atau lebih dikenali sebagai Primo. Melihat kepada struktur fizikal cili ini, ia agak berketul-ketul dan mempunyai ekor halus di hujungnya. Ia juga boleh didapati dalam warna berlainan seperti jingga dan kuning.

#3 Trinidad 7 Pot Douglah (1,853,936 SHU)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Macera Colombia (@macera.col)

Cili ini datang dari Trinidad. Ia diberi nama 7 Pot Douglah kerana satu lengai cili ini dikatakan sudah boleh memedaskan 7 periuk stew!

 

Douglah merupakan cili yang agak rare kerana kulitnya yang hitam manis dan berkedut.

#2 Trinidad Moruga Scorpion (2,000,000 SHU)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bogar Mark (@hungarianchilifarmer)

Baca nama pun dah menakutkan sebab ada unsur kala jengking yang seolah-solah menyengat lidah. Pada tahun 2012, Institut Lada di Universiti New Mexico telah mengiktiraf cili ini sebagai cili terpedas di dunia namun ia tidak pernah disenaraikan secara rasmi oleh Rekod Dunia Guinness.

#1 The Carolina Reaper (2,200,000 SHU)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yellowbird Sauce (@yellowbirdsauce)

Haa, rasanya ramai yang dah tahu cili paling pedas di dunia ini! Untuk info Maduners, sejak tahun 2013, Rekod Dunia Guinness telah mengiktiraf The Carolina Reaper atau nama asalnya “HP22BNH7” sebagai cili terpedas di dunia!

 

Spesis cili ini dibakakan oleh seorang peladang bernama Ed Currie yang memiliki syarikat PuckerButt Pepper di Carolina Utara. Cili ini merupakan hasil kacukan dua bekas pemegang rekod lada terpedas iaitu Ghost Pepper dan Habanero Red Savina.

 

Pasar Raya Tesco di United Kingdom pernah dikecam kerana menjual cili ini! Ia dikhuatiri boleh mengakibatkan kesan berbahaya kepada pengguna kerana cili ini tidak boleh dipegang tanpa sarung tangan, menyebabkan iritasi pada kulit dan tidak boleh dimakan begitu sahaja.

 

Amacam? Berani tak korang cuba cili-cili ini atau tumbuk sambal belacan guna cili-cili terpedas ini? Sejujurnya setiap tahun rasa macam akan ada cili pedas yang baru!

Post a Comment