Ingat Dekat Sekolah Jer Ada Gred, Rupanya Telur Ayam Pun Diasing Ikut Gred! – Manis Madu
Rupanya Telur Ayam Diasing Ikut Gred

Ingat Dekat Sekolah Jer Ada Gred, Rupanya Telur Ayam Pun Diasing Ikut Gred!

Telur ayam boleh diklasifikasikan antara makanan wajib rakyat Malaysia.

 

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (Laporan Agro Makanan Tahun 2011), penggunaan perkapita telur di negara kita adalah sebanyak 295 biji seorang dalam masa setahun. Wow!

telur dalam pinggan

Manakala menurut laporan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia 2012, purata pengeluaran telur ayam di negara kita pula adalah sebanyak 25 juta biji setahun! Malah pengeluaran ini lazimnya meningkat kepada 36-37 juta biji ketika musim perayaan.

 

Haaa, boleh claim keperluan wajib rakyat Malaysia lah kan?

 

Pernah tak korang tertanya-tanya ketika sedang beli telur, apa sebenarnya perbezaan gred-gred telur yang dijual ini? Bila makan rasa sama jerr.

 

Eh mestilah ada perbezaan! Harga pun berbezakan bagi setiap gred? Gred dan kualiti ayam tidak jauh berbeza antara kelas yang ada. Di Malaysia, antara gred yang dijual adalah gred AA, A, B, C malah ada yang jual sampai kelas D.

Prediksi Harga Telur Sekarang

Sumber Gambar: www.hargatelurayam.com

Mungkin ramai yang dah tahu, telur telah diwartakan oleh pihak berwajib dan menjadi kewajipan kepada setiap penjual untuk melakukan gred terhadap telur ayam sebelum boleh dijual kepada orang ramai.

 

Haa, macam mana nak tentukan gred telur? Terdapat dua cara yang menentukan gred telur iaitu dari dalaman dan luaran.

 

Dari segi luaran, gred telur ditentukan mengikut saiz kulit telur, kebersihan permukaan kulit, bentuk serta beratnya. Warna kulit telur samada cerah atau gelap tidak memberi kesan pada gred ya.

 

Kulit telur itu akan dinilai dari segi kecacatan, tekstur permukaan yang licin dan pori pada kulit telur. Kemudian, telur ayam tersebut akan diuji secara rawak untuk mengetahui berat, saiz kuning telur dan berat putih telur.

 

Nah, Maduners boleh rujuk jadual di bawah untuk lebih mudah faham.

Gred Telur

Dari segi dalaman pula, ketinggian pada posisi kuning telur juga akan berbeza mengikut gred. Oleh kerana itu, harga telur gred AA lebih mahal tapi berbaloilah dengan harga!

eggs

Sumber Gambar: www.riezthelicious.com

Untuk nak makan seharian, rasanya tak kisah gred telur jenis apa tapi bagi mereka yang menjalankan perniagaan, Madu nasihat korang untuk pilih gred yang berkualiti untuk menjamin kualiti makanan yang dijual, tambah-tambah perniagaan pastri dan kek!

Post a Comment