Insomnia Boleh Bawa Maut! Tak Sangka Sampai Macam Itu Bahaya Insomnia – Manis Madu
Insomnia Boleh Bawa Maut

Insomnia Boleh Bawa Maut! Tak Sangka Sampai Macam Itu Bahaya Insomnia

Maduners tahu tak insomnia itu apa? Bagi Maduners yang tak tahu atau tak pernah dengar perkataan insomnia, sudah masanya Maduners ambil tahu!

 

Pernah tak Maduners rasa susah nak tidur malam atau kerap terjaga dari tidur? Haa! Susah nak tidur malam dan kerap terjaga dari tidur pada waktu malam ini dikaitkan dengan sejenis penyakit yang dipanggil sebagai insomnia.

Mengikut kajian, insomnia sebenarnya banyak berlaku dalam kalangan individu yang berusia 40 tahun ke atas, tapi tak mustahil juga berlaku kepada mereka yang berusia muda zaman sekarang sebab terlalu sibuk dengan aktiviti seharian.

 

Sebelum Anis cerita pasal cara nak atasi insomnia, jom kita tengok apa tanda-tanda jika seseorang menghidap insomnia.

#1 Susah Tidur Malam

Tanda yang pertama adalah susah nak tidur malam. Contohnya Maduners dah bersiap sedia untuk tidur tapi bila dah letak kepala atas bantal mata tak boleh lelap! Malah Maduners akan ambil masa yang lama sebelum betul-betul terlelap.

#2 Tidur Tak Nyenyak

Tidur yang kerap terjaga juga merupakan salah satu simptom insomnia, bangun awal pagi memang bagus tapi kalau terbangun lebih awal dari waktu yang sepatutnya. Contohnnya terjaga pukul 3 atau 4 pagi juga merupakan tanda-tanda insomnia.

#3 Rasa Letih Di Siang Hari

Bila dah tak dapat tidur yang secukupnya, maka waktu siang hari Maduners akan berasa letih yang terlampau tetapi tak rasa mengantuk pun. Itu juga tanda insomnia.

 

Ini adalah tanda-tanda seseorang itu mempunyai masalah insomnia. Jadi, apa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini?

#1 Konsisten Dengan Waktu Tidur

Maduners yang ada masalah tidur, korang perlu pilih satu waktu yang tetap untuk tidur.

 

Contohnya Maduners tetapkan pada pukul 11 malam adalah waktu tidur, jadi kena betul-betul konsisten masuk tidur pada jam 11 malam setiap hari. Dengan cara ini otak akan dilatih untuk berhenti melakukan aktiviti selepas jam 11 malam.

#2 Kurangkan tidur pada waktu siang

Kadang-kadang punca utama Maduners tak dapat tidur yang berkualiti pada malam hari kerana korang banyak tidur di siang hari. Memang susah lah nak tidur malam!

Haa, lepas ni boleh cuba kurangkan tidur di siang hari dan cuba buat aktiviti yang buatkan badan Maduners letih supaya badan tidak cergas pada waktu malam.

#3 Makan Buah Kiwi

Kenapa kiwi? Kenapa tak buah durian? Rambutan? Atau Anggur? Sebab buah kiwi  antara buah yang kaya dengan melatonin. Bagus mengenai melatonin ini adalah hormon yang berperanan mengatur pola tidur dan bangun badan Maduners dengan lebih bagus dan baik.

 

Berdasarkan kajian, pengambilan dua biji buah kiwi satu jam sebelum tidur selama 4 minggu dapat meningkatkan kualiti tidur dengan lebih baik.

#4 Minum Susu

Selain pengambilan buah kiwi, Maduners juga boleh mengamalkan minum susu hangat pada waktu malam atau sebelum tidur.

 

Susu memiliki kandungan kalsium yang dapat membantu otak menghasilkan hormon melatonin. Penghasilan hormon melatonin ini dapat menghindarkan masalah insomnia yang dihadapi Maduners.

#5 Berjumpa Pakar

Nasihat terakhir Anis adalah bila cara di atas semua tak membantu lagi, Maduners patut bertemu dengan pakar untuk jalan penyelesaian yang lebih baik.

Jangan takut dan malu untuk berjumpa doktor dan berkongsi masalah yang Maduners hadapi. Dengan ilmu dan kepakaran yang mereka ada, masalah insomnia Maduners pasti dapat disembuhkan.

 

Anis harap, tips yang Anis kongsikan dengan Maduners kali ini dapat membantu masalah Maduners yang mempunyai masalah insomnia.

 

Jangan ambil remeh jika Maduners ada simptom atau memang sudah lama menghidap penyakit ini. Kalau dibiarkan, boleh membawa maut!

Post a Comment