Intan Ladyana & Harris Alif Sah Bergelar Suami Isteri, Akad Nikah Di Jawi Patuh SOP – Manis Madu
Intan Ladyana & Harris Alif Sah Bergelar Suami Isteri

Intan Ladyana & Harris Alif Sah Bergelar Suami Isteri, Akad Nikah Di Jawi Patuh SOP

Tahniah Madu ucapkan buat pasangan selebriti Intan Ladyana dan Harris Alif yang telah selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Islam Wilayah Persukutan (Jawi) sekitar pukul 10 pagi tadi.

Acara akad nikah tersebut disempurnakan Penolong Pengarah Jawi, Ustaz Muhammad Azlan Marukum selaku jurunikah dan juga wakil wali.

 

Menurut Harris, 22, mereka sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Sabtu namun terpaksa diawalkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Bagaimanapun kedua pasangan ini meluahkan rasa syukur dan lega apabila acara pernikahan mereka berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP).

 

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur selepas selesai acara akad nikah. Memang agak susah juga nak buat majlis waktu PKP ni. Sepatutnya kami nikah pada 6 Februari tapi diawalkan bagi mengikut jadual pihak Jawi.

 

“Acara nikah kami mengikut SOP dan Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Sebelum akad nikah itu, saya rasa tenang saja tapi bila dah duduk nak lafaz akad tu mula rasa gementar,” kata Harris yang menyerahkan mas kahwin berupa set perhiasan barang kemas dan sebentuk cincin berlian pada majlis tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🎬 (@intanladyana)

Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahya menerima tujuh dulang barangan hantaran berbalas Sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan namun barangan hantaran tersebut tidak dibawa bersama bagi mematuhi SOP ditetapkan.

 

Busana pasangan sama cantik sama padan yang disarung pada majlis tersebut adalah hasil sentuhan Hatta Dolmat dan Epul Senitravision. Berseri-seri betul kedua mempelai!

 

Sekali lagi, tahniah Madu ucapkan!

Post a Comment