iPhone iOS14 Dah Boleh Customize Home Screen! Serlahkan Kreativiti Korang, Masing-masing Tak Mahu Kalah! – Manis Madu
iPhone iOS14 Dah Boleh Customize Home Screen

iPhone iOS14 Dah Boleh Customize Home Screen! Serlahkan Kreativiti Korang, Masing-masing Tak Mahu Kalah!

Kalau bosan tengok layout iPhone Maduners, update-lah kepada iOS14! Madu ada something seronok nak kongsi dengan korang!

Baru-baru ini, bila Yaya scroll sahaja Twitter dan Tiktok, memang ramai pengguna iPhone yang flex susun atur home screen mereka yang baru, selepas mengemas kini iOS14.

 

Of course, Yaya tertarik dan nak cuba. Tapi, ia sebenarnya mengambil masa dan effort untuk menghias home screen iPhone. Kalau tak kreatif pun mungkin susah, imaginasi dan planning itu penting. Takut nanti kalau tiada gambaran dalam otak, Maduners punya layout jadi makin cacamerba pula.

@kaelimaeeReply to @catherinelouisexoxo here’s a tutorial! i hope this makes sense ##fyp ##foryoupage ##ios14 ##homescreen ##wallpaper ##PumpkinSeason♬ You Got It – Vedo

Jadi, hari ini Yaya akan share langkah-langkah yang paling mudah untuk Maduners ikut, kalau korang tertarik dengan layout terbaru iPhone iOS14.

 

Sebelum itu, jom kita usha-usha dan kumpul idea untuk hias susun atur home screen karya warga Twitter.

Yaya tak tipu masa bagi tahu yang menghias akan memakan masa. Kalau wallpaper macam ini, nak buat dalam 3 jam. Cuba bayangkan kalau nak buat sendiri, pengsaannn.

Yang ini pun kreatif juga, ada vibes komputer zaman dahulu. Cantikkkk!

Kalau yang fanatik Taylor Swift macam Yaya, layout seperti ini memang ultimate goals!

 

OK, korang dah bersedia ke nak hias layout iPhone? Mesti ada yang dah tertarik juga, kan? Let’s goooo!

 

Langkah 1Planning & pilih tema yang Maduners nak gunakan untuk susun atur baru.

Contoh: Pink

Langkah 2 – Save gambar-gambar berwarna pink untuk dijadikan icon untuk setiap aplikasi. Kalau Maduners ada 10 aplikasi, save dalam 15 gambar pun OK.

Langkah 3 – Download aplikasi Widgetsmith

Langkah 4 – Customize widgets tersebut dalam aplikasi tersebut (Widgetsmith) sendiri.

Langkah 5 – Tambahkan widgets tersebut pada home screen/ wallpaper layout Maduners.

Langkah 6 – Susun, susun dan susun!

 

Siap! Eassyyy kan?

Kalau Maduners nak customize gambar icon setiap aplikasi pun boleh. Nak senang, Maduners boleh rujuk tweet dan video yang disediakan ini.

Rumit sedikit, tapi dah siap nanti mesti memuaskan hati. Nanti korang share-lah gambar home screen baru uolls itu, Yaya excited nak tengok! Selamat mencuba!

Post a Comment