Isu Trademark ‘Daging Harimau Menangis’, Akhirnya Ibu Neelofa Batal Niat Daftar Produk
“Harimau Menangis”, isu yang hangat dan trending di media sosial baru-baru ini membuatkan syarikat Noor Khan Enterprise tampil membuat penjelasan.
View this post on Instagram
Seperti yang kita semua maklum, ibu kepada Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed selaku pemilik syarikat telah membuat permohonan ‘copyrights’ bagi kod warna dan tulisan perkataan ‘Harimau Menangis’ pada bungkusan produknya, penggayaan, susun atur grafik pada hari Rabu yang lalu.
View this post on Instagram
“Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan sebarang produk tiruan dalam pasaran yang boleh menyebabkan masalah kepada pihak kami dan pengguna di luar sana”.
“Pihak kami tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menjual produk yang sama selagi ia tidak menyerupai pembungkusan produk pihak yang kami pasarkan”.
“Selain itu, pihak kami sentiasa mengamalkan polisi persaingan perniagaan yang sihat”, jelasnya.
Kronologinya bermula apabila tularnya video berdurasi 37 saat memaparkan Noor Kartini sedang memasak daging berkenaan sambil memberitahu pihaknya telah mendaftar “Harimau Menangis” untuk mempatenkan trademark berkenaan.
Susulan itu, isu Aunty Tini Kitchen yang mengeluarkan cap dagangan Harimau Menangis melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menjadi panas apabila ia menjadi trending di Twitter sejak Rabu lalu.
Walaubagaimanapun, setelah video itu yang disifatkan sebagai keterlaluan oleh netizen, ibu kepada Neelofa itu tampil memohon maaf atas kesilapan kata-katanya di dalam video tersebut dan membatalkan niat untuk daftar produk ‘Harimau Menangis’.
Datin Noor Kartini mengambil keputusan untuk membatalkan niatnya mendaftar produk ‘Harimau Menangis’.#HapusCOVID19 #NormaBaharu #DisiplinMalaysia pic.twitter.com/vudAnskYWi
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) January 14, 2021
Selepas mendapat penjelasan dari Datuk Mohd Roslan Mahayudin, selaku Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bekata, pihaknya telah menerima permohonan cap dagang tersebut sejak November tahun lalu.
Apabila ditanya lanjut berkenaan status permohonan tersebut, ia masih di peringkat pemeriksaan dan kelulusan permohonan bergantung kepada hasil pemeriksaan serta pertimbangan agensi tersebut.
Untuk pengetahuan Maduners, paten ialah satu hak exclusive yang dianugerahkan bagi suatu reka cipta sama ada ia adalah satu produk atau satu process untuk melakukan sesuatu yang baharu atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah.
Manakala, cap dagangan pula membawa maksud bagi apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara graphic yang dapat dibezakan barang-barang atau perkhidmatan sesuatu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lainnya.
Sumber: Astro Awani