Jalan2 di Shopping Mall, Nonton Wayang… Arghhh, Bosan Nyerr!
Bagi pasangan yang bercinta, tidak kisahlah cinta yang baru berputik, baru sahaja berkahwin, mahupun yang sudah beranak-pinak, dating memainkan peranan penting dalam sebuah hubungan. Kalau nak dating tu, pasti akan pergi ke Mall untuk shopping, makan, dan mungkin menonton wayang. Sekiranya di lakukan berulang kali, of course kita akan bosan bukan? Sudah tiba masanya kamu mencuba aktiviti lain daripada yang lain, tanpa hilang rasa romantik dan menyeronokkan!
Jangan khuatir untuk mengeluarkan peluh dengan sukan lasak ataupun menikmati pemandangan bandar yang pasti akan membuat kamu teruja. Jom! Kita berekperimentasi dengan aktiviti luar jangkaan kamu.
1. Bersukan Lasak because Why Not?
Girls, jangan takut untuk melakukan sukan lasak. Sweat at your first date? Tidak menjadi masalah. Aktiviti lasak semestinya fun ditambah dengan adrenalin yang pasti akan membuat kamu ENJOY. Dengan lebih dari 12 aktiviti lasak, EnerG X Park tempat yang harus kamu kunjungi. Terletak di MyTOWN Shopping Centre, kamu pasti akan kagum dengan suasana dan juga aktiviti-aktiviti yang ada di EnerG X Park. Jangan lupa untuk mencuba ke semua aktiviti yang boleh dilakukan bersama pasangan kamu.
2. Melompat Bebas
Sekiranya aktiviti di EnerG X Park terlalu ekstrem buat kamu, mungkin kamu boleh cuba sesuatu yang kurang ekstrem tetapi masih FUN. Di Jump Street yang terletak di Seksyen 13 PJ, pasti akan membuat kamu melompat dengan sesuka hati. Terdapat pelbagai jenis permainan trampoline yang kamu boleh lakukan bersama si dia seperti Dodge Ball, Slam Dunk dan macam-macam lagi. Pasti dating kali ini akan buat kamu ingat si dia sampai bila-bila. =)
Jump Street
3. Belajar Memasak Makanan Ala Jepun
So sweet! Sesuai bagi yang masih baru lagi bercinta. Aktiviti memasak ini bukan sahaja menyeronokkan, tapi cara terbaik untuk kamu ice breaking dan menguatkan lagi hubungan kamu. ABC Cooking Studio kini memberi peluang kepada kamu untuk belajar dan mendalami ilmu serta teknik memasak ala Jepun secara dekat. Selepas mengikuti kelas ini, bolehlah masak untuk si dia. =)
ABC Cooking Studio
Sumber Gambar: ABC Cooking Studio
Lokasi:
Pavilion Elite Lot7.102, 168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Lot T-226, 3rd Floor, The Gardens Mall, 58000 Mid Valley City, Kuala Lumpur
4. Kopi dan Board Game
Pasti bosan asyik dating di Starbucks, Coffee Bean mahupun Dome. Apa kata kamu ajak si dia untuk dating di Meeples. Di samping menikmati secawan kopi, sambil itu boleh pilih jenis permainan yang kamu suka. Sekiranya kamu ingin mengenali si dia, kamu boleh pilih jenis-jenis permainan yang pasti akan membuat kamu ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang pasangan kamu.
5. Aktiviti Sukarelawan Bersama
Lain dari yang lain bukan? Ya, dengan menyertai kumpulan sukarelawan seperti Region Of Loves, kamu akan lebih peka dengan keadaan persekitaran kamu. Dengan melakukan aktiviti sosial seperti ini kamu berpeluang untuk melihat perangai yang mungkin sebelum ini kamu tidak pernah nampak ketika bersama si dia. Tanpa mengeluarkan sebarang modal, hanya perlu sedikit masa, dating kamu akan cukup bermakna. Dengan aktiviti yang di anjurkan oleh Region Of Loves, pasti kamu akan mengingati bibit-bibit manis bersama si dia.