Jijik! Penyewa Tinggal Rumah Sewa Dalam Keadaan Huru Hara!
Kebersihan adalah salah satu perkara penting yang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian.
Baru-baru ini Daily Star melaporkan, seorang penyewa didakwa meninggalkan rumah dalam keadaan yang sangat teruk selepas setahun tidak membayar sewa.
Penyewa dari neraka itu difahamkan telah meninggalkan 8000 tin arak, makanan yang sudah membusuk dan tisu yang berlumuran najis setinggi empat kaki.
Rumah flat dengan dua bilik itu ditinggalkan dalam keadaan yang sangat kotor dan menjijikkan sehingga pembersih rumah itu sendiri muntah sebanyak tiga kali sepanjang proses pembersihan dijalankan.
Pakar pengurusan air bersih dan buangan, Freddie Gillium-Webb ditugaskan untuk membersih kediaman pemilik flat berkenaan setelah penyewanya meninggalkan rumah sewa itu.
Individu berusia 29 tahun itu terkejut melihat keadaan rumah yang sangat menjijikkan sejurus dia memasuki kediaman yang terletak di kawasan Andover, Hampshire itu.
Beberapa gambar menunjukkan keadaan ruang tamu yang dilonggokkan tin bir yang sangat banyak sehingga sofa hampir tidak kelihatan.
Di bahagian tandas pula seperti tidak pernah dibersihkan malah terdapat juga longgokan tisu yang dipenuhi najis setinggi empat kaki.
Tukang bersih rumah berkenaan terpaksa mengambil masa hampir 30 jam selama tiga hari untuk membersihkan kediaman tersebut.
Sebanyak 10 botol peluntur diperlukan untuk kerja-kerja pembersihan.