Johnny Depp Menang Saman Terhadap Amber Heard AS$15 Juta!
Setelah beberapa minggu menjalani perbicaraan, akhirnya pada Rabu, keputusan pengadilan berpihak kepada Johnny Depp dalam tuntutan mahkamah libelnya terhadap bekas isteri, Amber Heard.
Menurut The Star, Depp berjaya membuktikan bahawa Heard mereka-reka dakwaan bahawa dia didera sebelum dan semasa perkahwinan singkat mereka.
View this post on Instagram
Ahli juri mendapati Depp harus diberikan ganti rugi AS$15 juta (RM66 juta), manakala Heard harus menerima AS$2 juta (RM8.7 juta)
Keputusan itu menamatkan perbicaraan televisyen seperti yang diharapkan Depp untuk membantu membersihkan nama baik dan reputasinya.
Rata-rata peminat kebanyakannya berpihak di sebelah Depp dan dapat dilihat ramai yang beratur untuk merebut tempat duduk di mahkamah. Penonton yang tidak dapat masuk berbaris di jalan untuk menceriakan Depp dan mengejek Heard setiap kali muncul di luar.
Depp menyaman Heard atas tuduhan fitnah di Mahkamah Litar Daerah Fairfax berhubung op-ed Disember 2018 yang ditulisnya dalam The Washington Post yang menggambarkan dirinya sebagai “tokoh awam yang mewakili penderaan domestik.”
Peguamnya berkata dia telah difitnah dengan artikel itu walaupun namanya tidak disebut secara jelas.
Heard memfailkan tuntutan balas AS$100 juta (RM440 juta) terhadap bintang Pirates of the Caribbean itu selepas peguamnya menggelar dakwaan tersebut sebagai satu penipuan. Masing-masing menuduh satu sama lain memusnahkan kerjaya mereka.
Kesaksian semasa perbicaraan selama enam minggu telah mendedahkan butiran ‘menyeramkan’ tentang perkahwinan mereka yang singkat dan tidak menentu. Heard memberi keterangan bahawa Depp menyerangnya secara fizikal atau seksual berkali-kali namun Depp menafikan pendakwaan itu.
Juri mesti memutuskan kedua-dua tuntutan berdasarkan sama ada pernyataan itu dibuat dengan “niat jahat sebenar” atau tidak, bermakna mereka tahu apa yang mereka katakan adalah palsu, atau bertindak dengan mengabaikan kebenaran secara melulu.
Semasa hujah penutup, kedua-dua pihak memberitahu juri bahawa keputusan yang memihak kepada mereka akan mengembalikan ‘nyawa’ pelanggan mereka.
Depp tidak menunggu di Virginia untuk keputusan itu. Dia menghabiskan beberapa hari terakhir di atas pentas, menyanyi dan bermain gitar bersama Jeff Beck di United Kingdom.