Kabinet Baharu Sepanyol Dibarisi 14 Portfolio Menteri Wanita! – Manis Madu
Kabinet Baharu Sepanyol Dibarisi 14 Portfolio Menteri Wanita

Kabinet Baharu Sepanyol Dibarisi 14 Portfolio Menteri Wanita!

Barisan menteri kabinet baharu Sepanyol bermesyuarat buat pertama kalinya pada Selasa lalu. Kabinet pasca rombakan diumum Sabtu lalu menyaksikan 14 daripada 22 portfolio menteri dipegang wanita.

Barisan menteri kabinet baharu Sepanyol

Menurut laporan, ia adalah peningkatan 63 peratus berbanding barisan kabinet sebelum ini. Usia purata barisan menteri baharu ini adalah 50 tahun.

 

Kabinet baharu ini dijangka meluluskan dana 5.1 bilion dolar untuk melonjakkan semula industri automotif. Dana itu adalah satu daripada tujuh pelan perindustrian yang diperuntukkan Kesatuan Eropah, menerusi dana pemulihan pandemik.

 

Perdana Menteri Pedro Sanchez mengambil alih pentadbiran negara itu pada Januari 2020 selepas episod ketidaktentuan politik selama beberapa bulan.

 

Selepas dua bulan, kerajaan pakatan pimpinan Sanchez diduga dengan pandemik COVID-19. Ia memaksa negara itu melaksanakan perintah sekatan ketat, dan menjejaskan ekonominya yang bergantung kepada sektor pelancongan.

 

Sanchez juga terpaksa berdepan isu kemerdekaan Wilayah Catalan.

Post a Comment