Kafe Berkonsepkan Coca-Cola Pertama Di Dunia, Kini Di Johor Bahru!
Dah kering idea cari port untuk lepak? Johorean Maduners boleh melawati Coca-Cola Cafe TGV Cinemas, Johor Bahru.
Sumber Gambar: insideretail.asia
new TGV Cinemas has open in Johor Bahru and introduces new specialty hall concepts.. 🤗😎🎦
TGV Cinemas
3rd Floor, Toppen Shopping Centre, Desa Tebrau, JBFeatures;
• FLEXOUND
• Infinity
• Family-friendly Hall
• Prestige
• TGV Indulge
• Deluxe ➕
• Coke Waiting Zone pic.twitter.com/jhUqSCM5wM— mohd hafizee (@mhdhafizee) November 19, 2019
Untuk pengetahuan semua, Coca-Cola Cafe ini merupakan kafe dalam panggung wayang pertama di dunia!
Sumber Gambar: insideretail.asia
Kalau Maduners tengok sendiri, konsep Coca-Cola Cafe ini menimbulkan retro dan chill vibes yang membuatkan ia sangat insta-worthy untuk para pengunjung lepak sambil #OOTD.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Ada makanan ke dalam Coca-Cola Cafe ini? Semestinya ada! Tapi hanya menu ringkas, air berkarbonat Coke, popcorn dan juga manisan seperti coklat dan aiskrim. Simple tapi best!
Sumber Gambar: insideretail.asia
Selain itu, untuk menyenangkan pelanggan, Coca-Cola Cafe ini menyediakan perkhidmatan WiFi dan juga tempat mengecas telefon. Duduk lama-lama pun tak perlu risau bateri telefon habis.
Bagi Madu, Coca-Cola Cafe ini memang idea yang sangat kreatif! Mesti ramai yang akan tertarik untuk pergi.
Tunggu masa sahaja Madu free, memang terus shoot Johor Bahru nak pergi ke Coca-Cola Cafe ini sendiri. Tak sabarnya! Perincian tentang lokasi dan waktu operasi kafe seperti berikut:
Lokasi: L.301, TGV Cinemas, Toppen Shopping Centre, No. 33, Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru.
Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam setiap hari.