Kantoi Beli Mainan Dengan Isteri, Tak Sangka Ramai Abang Abang Lain Backup! – Manis Madu
Kantoi Beli Mainan Dengan Isteri, Tak Sangka Ramai Abang Abang Lain Backup!

Kantoi Beli Mainan Dengan Isteri, Tak Sangka Ramai Abang Abang Lain Backup!

Hobi dan minat seseorang terhadap sesuatu benda tidak boleh dihalang meskipun sudah berusia atau berubah status. Kalau dah minat, duit tak menjadi masalah.

 

Baru-baru ini di laman Twitter, satu ciapan menjadi tular apabila seorang lelaki memuat naik tangkap layar menunjukkan dia telah ‘kantoi’ membeli mainan untuk menambah koleksinya.

Perkara itu bermula apabila si isteri ternampak posting dari akaun menjual permainan tersebut yang memuat naik gambar suaminya selepas membeli permainan dari kedai mereka.

 

“You beli mainan lagi??” komen isteri lelaki itu.

 

Meninjau ke ruangan komen, tindakan segelintir netizen yang cuba ‘backup’ lelaki tersebut setelah kantoi membuat ramai netizen lainnya terhibur.

toy 3 (1)

“murah jer yang gi joe ni. Lagipun 10 tahun akan datang kalau jual balik mau harga 10 kali ganda ni” – Saifuldin Nid

 

Ciapan itu telah mendapat 12.3k ulang ciap dan 25.6k tanda suka di laman Twitter.

Post a Comment