Kata Nak Boikot Tapi Pengikut Instagram Heroin Drama ‘Perempuan Itu…’ Meningkat Hingga 30 Ribu!
Sejak Jumaat lalu hangat diperkatakan mengenai video babak panas yang dimuat naik oleh Zul Ariffin bersama seorang pelakon baru, Siti Hariesa mengundang kecaman ramai.
Seperti sudah dijangka, pelakon baru itu turut terkena tempias apabila ruangan komen perkongsian Haries dihujani dengan komen kecaman.
Meskipun sudah beberapa hari isu itu diperkatakan, pelakon itu masih mendiamkan diri. Lebih mengejutkan, pengikut Instagram pelakon itu juga mencanak naik.
View this post on Instagram
Memetik laporan Kosmo!, jika sebelum ini bilangan pengikutnya bawah 8,000 namun kini Hariesa sudah mempunyai 34,000 jumlah pengikut.
Malah, usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada bekas peserta DFKL 2019 itu belum berhasil apabila pesanan WhatsApp dan panggilan telefon melalui pengurusnya tidak berbalas.
View this post on Instagram
Video yang mencetuskan kemarahan ramai tersebut memaparkan beberapa babak erotik dan seksual bersama Hariesa.
Antara babak yang membuatkan ramai ‘ternganga’ adalah aksi Zul mendukung Siti Hariesa seperti sedang berasmara secara berbogel.
Lebih panas, apabila ada adegan Hariesa menyuap ‘whipping cream’ ke mulut Zul dengan aksi mengghairahkan.
Bagaimanapun, video berkenaan sudah dipadam Zul dan kini penyiar drama berkenaan, TV3 berdepan berkemungkinan tindakan penarikan semula kuasa bagi membuat tapisan sendiri berikutan menyiarkan kandungan tidak sensitif terhadap masyarakat.
Terbaharu, Zul sudah melakukan permohonan maaf secara terbuka atas apa yang berlaku menerusi satu muat naik status dalam Instastory.