Katanya Tak Bersedia, Suami Minta Isteri Gugurkan Kandungan Kedua Selepas 8 Bulan Anak Pertama Lahir
Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai dan sentiasa dinantikan oleh pasangan berkahwin. Namun, ada juga individu yang menafikan kehadiran anugerah itu dengan alasan ‘tidak bersedia’.
Melalui satu perkongsian di laman TikTok, seorang wanita mendedahkan ketika itu dia memberitahu suaminya keputusan ujian kehamilan yang menandakan dia sedang hamil.
Reaksi si suami setelah diberitahu tentang berita tersebut amat mengejutkan yang mana dia meminta wanita tersebut menggugurkan kandungan berkenaan dengan alasan dia tidak bersedia untuk membesarkan anak tersebut.
Lelaki itu juga bertindak mengugut isterinya untuk membatalkan perkahwinan mereka jika kandungan itu tidak digugurkan.
Difahamkan wanita itu kembali hamil selepas 8 bulan melahirkan anak pertama mereka yang diperoleh secara ‘sepakat’.
Meninjau ke ruangan komen, para netizen sememangnya tidak berpuas hati dengan tindakan si suami dan mempersoalkan reaksi yang diberikannya saat diberitahu tentang berita kehamilan anak keduanya.
Ada juga netizen yang bertanya kepada wanita itu samada dia menggugurkan kandungan itu atau tidak kerana dalam video berkenaan tidak diberitahu lebih lanjut.
“Yes I did,” balas wanita berkenaan dalam video lain.
@jody_aky Reply to @yakult_greentea ♬ original sound – .animatons
Jelasnya, dia tidak akan mampu membesarkan 2 orang anak secara sendirian dan memikirkan keadaan fizikal, mental dan kewangannya jika nekad meneruskan kehamilan tersebut.