Keguguran Selepas Polis Larang Jumpa Doktor, Kes Dalam Siasatan – Manis Madu
Keguguran Selepas Polis Larang Jumpa Doktor, Kes Dalam Siasatan

Keguguran Selepas Polis Larang Jumpa Doktor, Kes Dalam Siasatan

Beberapa hari lalu, kecoh di sosial media apabila seorang wanita dan suaminya berkongsi kisah memilukan di sebuah laman web In Real Life.

Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai berkata, mereka menerima laporan daripada suami wanita

Menurut laporan, wanita tersebut dikatakan mengalami keguguran selepas dia tidak dibenarkan meninggalkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan daripada doktor.

wanita mengalami keguguran selepas tidak dibenarkan meninggalkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk mendapatkan rawatan

Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai berkata, mereka menerima laporan daripada suami wanita itu yang tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis yang melarang isterinya meninggalkan kawasan berkenaan untuk pergi ke klinik pada 6 Julai lalu.

 

“Hasil semakan mendapati pada 6 Julai 2021, lelaki tersebut telah memohon kebenaran untuk keluar dari kawasan PKPD bagi tujuan rawatan isterinya yang sedang hamil.

 

“Lelaki tersebut dinasihatkan oleh anggota polis yang bertugas untuk merujuk kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertugas di kawasan PKPD tersebut dan dibenarkan keluar untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

 

“Susulan dari laporan polis yang dibuat oleh pengadu, siasatan yang terperinci dijalankan dan tindakan yang sewajarnya akan diambil oleh pihak polis,” kata Beh pada satu kenyataan hari ini.

 

Namun, masih belum dapat dipastikan samada keguguran yang dialami wanita berkenaan adalah berpunca daripada kegagalan pasangan tersebut mendapatkan rawatan kerana dihalang pihak polis.

 

Ketika ditanya adakah keguguran itu berkaitan dengan polis yang tidak membenarkan wanita tersebut mendapatkan rawatan sepatutnya, Ketua Polis Daerah Sentul berkata pihaknya percaya itu bukan penyebab langsungnya.

 

“Bukan macam itu. Dipercayai ada kaitan tetapi bukan disebabkan masalah tersebut,” kata Ben.

 

Jika terbukti sekatan pihak polis menjadi punca pasangan ini kehilangan anak, semoga mereka mendapat pembelaan sewajarnya!

 

Sumber Gambar: In Real Life

Post a Comment