Kematian Hero Wanita Berumur 19 Tahun Ketika Protes Cetus Kebangkitan Rakyat Myanmar!
Situasi genting yang berlaku di Myanmar sejak Februari lalu menyaksikan ribuan rakyat negara tersebut turun padang bagi mendesak pentadbiran kerajaan yang kini di bawah pimpinan tentera untuk kembali melepaskan Aung San Suu Kyi dan pemimpin lainnya.
Protes yang bermula secara aman mula bertukar ganas dan berakhir dengan kematian lebih 50 orang perusuh selepas ditembak anggota tentera yang berada di tempat kejadian.
Antara puluhan korban yang terbunuh, salah seorang darinya adalah seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai Kyal Sin atau Angel yang maut selepas terkena tembakan di bahagian kepala.
Sumber gambar: buzzkini.com
Kematian Angel pada 3 Mac lalu menjadi pencetus kebangkitan dan kemarahan rakyat Myanmar yang sebelum ini memilih untuk berdiam diri.
Sumber gambar: buzzkini.com
Sifat pahlawan dan keberanian yang dimiliki gadis tersebut dalam memperjuangkan hak rakyat sehingga menggadaikan nyawa telah membuka mata ramai pihak!
Dalam pada itu, ramai dalam kalangan mereka yang memuji keberanian gadis berusia 19 tahun tersebut dan berita kematian Angel disebut-sebut bukan sahaja dalam kalangan rakyat Myanmar malah ke seluruh dunia.
Sumber gambar: buzzkini.com
Sebagai menghormati dan mengenang kematian Angel, ratusan rakyat Myanmar kemudian dilihat turun mengiringi jenazahnya untuk pengebumian.
Kematian Angel serta puluhan rakyat yang lain juga telah membuka mata seluruh dunia tentang betapa getirnya situasi di sana sekarang.