Kempen Kawal Penularan Covid-19 Oleh Columbia Public Health
Di saat kita sedang sibuk menghadapi isu penularan wabak Covid-19 terdapat individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu mengenai wabak ini.
Disebabkan oleh penularan wabak Covid-19, wujud satu keperluan untuk memberikan maklumat sahih tentang wabak ini yang mana boleh digunakan untuk melindungi diri kita.
Sumber Gambar: https://sebenarnya.my/category/novel-coronavirus-2019-ncov/
Perkara ini dilihat sebagai satu peluang yang telah diambil oleh individu di sebalik tabir filem Contagion seperti Steven Soderbergh, Scott Z. Burns bekerjasama dengan para saintis dari Columbia University Mailman School of Public Health.
Steven Soderbergh dan Scott Z. Burns yang terlibat pernah mengarah filen Contagion mengenai ancaman wabak maut dan menunjukkan komuniti perubatan di seluruh dunia mencari penawar.
Kerjasama tersebut adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat yang sahih dan mempunyai bukti mengenai COVID-19 melalui pengumuman awam atau Public Service Announcement (PSA)
Pengumuman awam mengenai wabak Covid-19 ini ditulis di bawah bimbingan pakar iaitu Dr Ian Lipkin, pengarah Columbia Mailman School’s Center for Infection and Immunity.
Dr Ian Lipkin juga merupakan individu yang sedang mengetuai penyelidikan untuk membangunkan penawar Covid- 19 bersama beberapa pakar lain.
Sumber Gambar: mailman.columbia.edu
Tunjang utama dalam penghasilan PSA ini adalah Columbia University’s Mailman School of Public Health, sebuah universiti berfokuskan kepada penyelidikan mengenai kesihatan awam dan penyakit berjangkit kronik.