Kenapa Susah Sangat? Silibus Pelajaran Digelar ‘Jenayah Kurikulum’ – Manis Madu
Kenapa Susah Sangat_ Silibus Pelajaran Digelar ‘Jenayah Kurikulum’

Kenapa Susah Sangat? Silibus Pelajaran Digelar ‘Jenayah Kurikulum’

Kritikan terhadap silibus pelajaran di peringkat sekolah sudah lama diperkatakan. Tahap silibus yang dimasukkan dalam sistem pembelajaran di Malaysia dikatakan terlalu tinggi untuk tahap kanak-kanak.

annie-spratt-JexAuNCfefs-unsplash (1)

Baru-baru ini, perkara ini dibangkitkan semula oleh seorang bapa melalui hantaran di laman sosial Facebook yang meluahkan rasa tidak puas hati berkenaan silibus untuk umur kanak-kanak berusia 7 tahun yang dikatakan terlalu tinggi.

 

“WHY…WHY…Anak kami baru darjah satu lahhh. Korang ni kenapa?? KBAT sangat la ni. Jisim tu apa pun budak tak tahu. Bapak budak pun tak reti nak jawab,” tulisnya.

Perkara ini juga turut dikatakan sebagai ‘jenayah kurikulum’.

 

Menurut muat naik seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @hasrizal2020, dia juga bersetuju dengan kenyataan bapa berkenaan tentang silibus itu.

“Kritikan terhadap silibus matematik murid tahun 1, dan subjek-subjek lain bukan cakap kosong. Kandungannya seolah-olah membutakan mata daripada perkembangan kognitif dan psikososial kanak-kanak. Walhal mustahil kurikulum dibangunkan dalam keadaan jahil akan semua itu,” tulisnya dalam ciapan itu.

 

Beliau juga turut berkongsi silibus negara Finland bagi pelajar tahun 1 supaya warganet dapat menilai sendiri perbezaan kedua-dua silibus tersebut. 

 

Ciapan tersebut turut dipersetujui warganet dan kebanyakannya meluahkan kebimbangan mengenai sistem pendidikan anak-anak mereka.

 

Ramai juga yang berharap perkara ini mendapat perhatian pihak berkenaan dan melakukan perubahan atau penambahbaikan terhadapnya.

Post a Comment