Kes Basikal Lajak, Sam Ke Ting Kini Bebas Dengan Ikat Jamin RM10,000 – Manis Madu
Sam Ke Ting

Kes Basikal Lajak, Sam Ke Ting Kini Bebas Dengan Ikat Jamin RM10,000

Seperti yang Maduners tahu, ramai yang mengikuti kes basikal lajak yang melibatkan kerani, Sam Ke Ting yang menjadi tumpuan orang ramai.

 

Mengikut perkembangan hari ini, Sam Ke Ting dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000.

Sebelum ini, untuk pengetahuan Maduners, Sam Ke Ting  dijatuhi hukuman enam tahun dan denda RM6,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menaiki basikal lajak lima tahun lalu.

 

Harian Metro mengesahkan, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk P Ravinthran bersama-sama Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, sebulat suara membenarkan permohonan responden untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.

 

Dengan jumlah jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, panel membenarkan Sam untuk bebas  dan juga membenarkan permohonan dia untuk membuat rayuan sabitan kesnya di Mahkamah Rayuan diwakili Muhammad Faizal Mokhtar.

 

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abu Bakar Katar, menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 (atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda) terhadap Sam Ke Ting yang diperintahkan berkuat kuasa serta merta pada Rabu lepas.

 

Bukan itu saja dalam prosiding itu, Abu Bakar turut menolak permohonan wanita terbabit untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.

 

Keputusan itu dibuat Abu Bakar selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaskan Sam Ke Ting.

 

Di media sosial ramai yang menyokong Sam Ke Ting dan ada juga yang kurang gemar dengan keputusan pengadilan baru-baru ini untuk membebaskan Ke Ting dengan jaminan. 

 

Untuk pengetahuan Maduners, remaja yang maut dalam kejadian tersebut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

 

Semoga perkara selesai dengan secepat mungkin dan pengadilan dapat dibuat dengan sebaik-baiknya.

Post a Comment