Kes Covid-19 Naik Mendadak, Oregon Kembali Wajibkan Semula Pelitup Muka! – Manis Madu
Pelitup Muka

Kes Covid-19 Naik Mendadak, Oregon Kembali Wajibkan Semula Pelitup Muka!

Oregon membuat pengumuman akan mewajibkan pemakaian pelitup muka di luar bangunan di negeri itu, dalam menghadapi peningkatan kes Covid-19.

 

Mengikut laporan Harian Metro, arahan itu berkuat kuasa pada Jumaat ini dan ia menjadikan Oregon, sebuah negeri di barat laut Amerika Syarikat sebagai yang pertama memperkenalkan kembali peraturan itu.

 

“Varian Delta menyebar dengan cepat dan luas, menjadikan negeri ini pada tahap krisis yang belum pernah kita lihat dalam pandemik.

 

“Kes dan kemasukan ke hospital berada pada tahap tertinggi,” kata Gabenor, Kate Brown.

 

Menurut Brown, kajian pada tahun 2019 mendapati Oregon mempunyai jumlah katil hospital perkapita terendah dalam negara.

 

“Pelitup muka terbukti berkesan untuk menurunkan jumlah kes serta langkah diperlukan sekarang, bahkan di beberapa tempat luar untuk membantu melawan Covid-19 dan saling melindungi,” tambah Brown.

 

Peraturan itu mewajibkan setiap individu yang sudah divaksin atau tidak, untuk memakai pelitup muka di luar bangunan.

woman in face mask walking down

Oregon dan beberapa negeri lain sudah mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup, tetapi Oregon menjadi negeri pertama yang menguatkuasakannya untuk tempat terbuka.

 

Los Angeles di California mengumumkan awal bulan ini pelitup muka harus dipakai di acara luar berskala besar, seperti kejohanan sukan dan konsert.

 

Amerika Syarikat mengalami peningkatan besar dalam jangkitan Covid-19 disebabkan oleh varian Delta yang sangat cepat menular.

Post a Comment