Ketahui Pentingnya Kolagen, Elastin Dan Hyaluronic Acid – Manis Madu

Ketahui Pentingnya Kolagen, Elastin Dan Hyaluronic Acid

Kulit kita terdiri daripada beberapa lapisan yang dikenali sebagai epidermis dan dermis. Lapisan kulit dermis kaya dengan struktur protein yang terdiri daripada kolagen, elastin dan juga hyaluronic acid.

Jadi, apakah fungsi kolagen, elastin dan juga hyaluronic acid?

KOLAGEN

Kolagen mengandungi kandungan protein yang sangat tinggi di dalam badan anda. Ia dapat memberi sokongan, kekuatan dan ketegangan kulit muka anda.

ELASTIN

Elastin adalah salah satu tisu penghubung yang terdapat di kulit anda. Elastin membuatkan kulit anda lebih elastik, dengan bagusnya tahap elastik kulit anda ini dapat membantu kulit anda kembali kepada posisi yang asal apabila ditarik atau dicucuk.

HYALURONIC ACID

Hyaluronic acid termasuk dalam sekumpulan sebatian yang dinamakan Glycosaminoglycans. Sebatian seperti gel yang mengandungi molekul gula yang tinggi ini mempunyai kekuatan yang sangat tinggi. Ia dapat menampung dan mengikat air yang 1000 kali lebih berat dari beratnya sendiri. Fungsi hyaluronic acid adalah untuk mengekalkan hydration, kelembutan dan keanjalan kulit anda.

PRODUK YANG MENGANDUNGI KOLAGEN, ELASTIN DAN HYALURONIC ACID

St. Ives Collagen Elastin Facial Moisturizer

L’Oréal Paris Collagen Moisture Filler Facial Day-Night Cream

Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream

Jangan lupa untuk melihat apakah kandungan di dalam produk yang anda beli, jangan main beli sahaja.

Post a Comment