Ketua Jururawat Hospital UiTM Sarat Mengandung Meninggal Dunia, Dipercayai Akibat COVID-19 – Manis Madu
Ketua Jururawat Hospital UiTM Sarat Mengandung Meninggal Dunia

Ketua Jururawat Hospital UiTM Sarat Mengandung Meninggal Dunia, Dipercayai Akibat COVID-19

Satu lagi khabar duka pemergian petugas barisan hadapan diumukan pada 2 Februari lalu.

 

Arwah yang dikenali sebagai Artini Dzolkarnaini yang sedang sarat mengandung anak kelima itu dipercayai meninggal dunia akibat COVID-19.

 

Menerusi status Facebook yang dimuat naik oleh Fakulti Perubatan UiTM, memaklumkan seorang jururawat yang berkhidmat di Jabatan Perubatan Pemuihan Pusat, Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh, telah meninggal dunia pada awal pagi Isnin.

Melalui muat naik itu juga, seluruh warga Fakulti Perubatan UiTM menzahirkan ucapan takziah buat Allahyarham.

 

“Kami mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin…”

 

Berdasarkan muat naik yang dikongsi oleh rakan dan teman sekerja Allahyarham, bayinya selamat dilahirkan secara pembedahan dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU) di hospital yang sama.

 

Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan salam takziah Madu ucapkan buat seluruh ahli keluarganya.

Post a Comment