Kisah Di Sebalik Pembunuhan Anna Bui! Bekas Teman Lelaki Psiko? – Manis Madu
Kisah Disebalik Pembunuhan Anna Bui! Bekas Teman Lelaki Psiko

Kisah Di Sebalik Pembunuhan Anna Bui! Bekas Teman Lelaki Psiko?

Dalam dunia ini ada banyak cerita dan kisah seram yang berlaku. Mesti banyak kisah atau tragedi seram yang Maduners pernah dengar kan?

 

Apa kata hari  ini kita throwback balik antara salah satu cerita seram dan agak saiko yang pernah jadi suatu ketika dahulu. Apa yang pasti kisah ini adalah benar dan bukan rekaan!

 

Miera tak pasti sama ada korang pernah dengar atau tidak berkenaan kes pembunuhan kejam yang berlaku ke atas seorang wanita iaitu Anna Bui. 

 

Kisah ini bermula pada tahun 2016. Allen Christopher Ivanov adalah seorang jurutera perisian yang berusia 19 tahun dan menuntut di Universiti Washington Bothell, Amerika Syarikat.

Allen Christopher Ivanov adalah seora

Dia dikatakan tinggal bersama ibu bapa angkatnya iaitu Dmitry dan Anna Ivanoc. Kedua pasangan suami isteri ini merupakan golongan kaya raya yang berasal dari negara Rusia.

 

Memandangkan pasangan itu tidak mempunyai anak lain, sudah pasti Allen disayangi bagai menatang minyak yang penuh oleh ibu bapa angkatnya. 

 

Memiliki paras rupa yang tampan dan datang dari keluarga yang berada, sudah pasti Allen dipandang ramai terutamanya dari kalangan wanita. 

 

Tapi kekacakan Allen bukanlah penghalang untuk dia menjadi seorang lelaki yang setia kepada Anna Bui. Allen dikatakan bercinta dengan gadis sebayanya itu sejak dari zaman sekolah menengah lagi.

 

Anna Bui adalah seorang gadis yang baik, peramah dan sangat disenangi oleh orang-orang di sekelilingnya.

Anna Bui

Anna Bui merupakan teman wanita pertama yang pernah Allen miliki sepanjang hidupnya. Anna juga dikatakan belajar di Universiti yang sama iaitu di Universiri Washington Bothell.

 

Pasangan kekasih ini memang nampak sangat serasi dan saling mencintai antara satu sama lain.

 

Anna Bui boleh dikatakan wanita yang agak bertuah kerana dapat memiliki Allen. Mana taknya, dalam banyak-banyak wanita di Universiti, Anna Bui lah satu-satunya pilihan Allen. 

 

Memandangkan Allen tinggal dengan keluarga yang kaya, Allen selalu menghadiahkan Anna barangan yang mahal dan mewah. 

 

Selepas setahun menjalinkan hubungan sebagai kekasih, Allen dan Anna akhirnya berpisah. Punca sebenar perpisahan mereka tak dapat dijelaskan tetapi apa yang pasti adalah Allen yang ingin memutuskan hubungan dia dengan Anna Bui.

 

Pada mulanya Anna memang sangat kecewa dan sedih dengan keputusan yang dibuat Allen. Jangan katakan Anna, sesiapa sahaja yang berada di tempat Anna juga pasti akan rasa benda yang sama.

 

Walau macam mana sekalipun hidup tetaplah harus diteruskan. Anna telah mendapat kekuatan untuk menempuh kembali kehidupannya dalam tempoh masa seminggu selepas berpisah dengan Allen.

 

Tetapi lain pula ceritanya dengan Allen. Allen mengalami kemurungan kerana dikatakan menyesal dengan tindakan yang dibuat sebelum ini. 

 

Allen cuba memujuk Anna supaya kembali semula bersamanya. Tetapi disebabkan Anna pernah merasai kecewa dan ingin memberi tumpuan kepada pelajaran, Anna menolak pujukan dan rayuan yang dibuat Allen. 

 

Tindakan dan jawapan yang keluar dari mulut Anna telah menyebabkan Allen berasa marah lebih-lebih lagi Anna boleh move on dalam masa yang sangat singkat. 

 

Daripada rasa sayang, perasaan Allen terhadap Anna bertukar menjadi benci.

 

Pada 30 Julai 2016, Anna dan Allen pergi ke rumah seorang rakan mereka yang terletak di Mulkiteo, Washington untuk menghadiri sebuah majlis reunion

 

Lebih kurang dalam 20 orang rakan Anna dan Allen yang hadir dalam majlis tersebut.

 

Di majlis tersebut,  dengan usaha  yang keras dan tidak berputus asa, Allen sekali lagi memujuk Anna untuk kembali menjadi kekasihnya semula.

 

Sekali lagi, pujukan Allen ditolak mentah-mentah oleh Anna. Allen yang merajuk terus keluar dari rumah berkenaan kemudian duduk menunggu di dalam keretanya.

 

Kisah tragis bermula apabila kira-kira hampir dua jam kemudian Allen melangkah keluar dari kereta sambil memegang senjata api jenis Rifle yang dia beli pada minggu sebelumnya.

memegang senjata api jenis Rifle

Dia memasang niat untuk masuk semula ke dalam rumah tersebut untuk membunuh Anna.

 

Sebelum menembak Anna, Allen juga telah melepaskan tembakan kepada tiga orang rakannya yang berada di luar rumah pada waktu itu. 

 

Dua orang dipercayai mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah. 

 

Selepas masuk ke dalam rumah,  Anna pula ditembak berkali-kali oleh bekas teman lelakinya semasa dia sedang duduk di meja dapur.

 

Semua orang yang berada di majlis itu terkejut dan terus melarikan diri. Allen kemudian menuju ke arah balkoni di tingkat atas rumah lalu melepaskan tembakan secara rambang sehingga peluru senapangnya habis. 

 

Allen terus menaiki keretanya untuk melarikan diri. Walaubagaimanapun, dia berjaya ditangkap oleh pihak polis di jalan raya dengan jarak 160 kilometer dari lokasi kejadian.

 

Semasa siasatan dijalankan, pihak polis telah menemui senjata api yang digunakannya untuk membunuh. Allen juga pernah memuat naik gambar senjata api tersebut di laman akaun instagramnya sebelum kejadian berlaku.

 

Pihak polis percaya bahawa pembunuhan Anna Bui adalah satu pembunuhan yang dirancang berdasarkan pemeriksaan pada mesej yang Allen pernah hantar kepada rakannya. 

 

Semasa disiasat Allen bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh dan cubaan membunuh yang dikenakan terhadapnya.

 

Pada perbicaraan kes pada bulan Disember 2016, barulah Allen membuat pengakuan bersalah sepenuhnya selepas diugut pihak pendakwa untuk menjatuhkan  hukuman mati kepadanya.

 

Tindakan luar jangkaan yang dibuat itu, Allen telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa ada peluang bebas secara bersyarat.

 

Jadi, secara kesimpulannya kita dapat tengok bahawa seseorang itu boleh hilang kewarasannya hanya kerana cinta.

 

Maduners semua berhati-hatilah dalam mengenali sesiapa sekali pun dan jangan sampai diri Maduners menjadi mangsa seperti Anna Bui.

Post a Comment