Klinik IVF Disaman, Bayi Tertukar Kerana Cuai
Dua wanita kecewa apabila mengetahui bayi yang dilahirkan dari kandungan berlainan selepas sebuah pusat rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF – In vitro fertilization) bertindak mencampurkan embrio mereka.
Lapor Daily Mail, Alexander Cardinale dan isterinya, Daphna menghabiskan masa beberapa bulan membesarkan anak pasangan lain, sebelum mengetahui bayi perempuan itu sebenarnya bukan milik mereka secara biologi.
Malah, Alexander and Daphne juga mengetahui ibu bapa asal bayi perempuan itu sedang membesarkan anak kandung mereka.
Kedua-dua pasangan suami isteri itu membuat keputusan untuk menukar bayi itu ketika mereka berusia empat bulan.
Cardinale dan isteri dalam proses memfailkan saman terhadap klinik IVF, California Centre for Reproductive Health dan pemiliknya, Dr. Eliran Mor atas kecuaian, penyelewengan perubatan dan penipuan.
Daphna menerusi beberapa siri temubual menceritakan mengenai pengalaman pahit yang dilalui oleh keluarganya.
Hatinya hancur luluh selepas mendapat tahu mereka membesarkan anak orang lain.
“Saya dan Alexander berasa amat kecewa. Kami tidak dapat bersama anak kandung hampir setahun termasuk semasa mengandung.
“Saya tidak berpeluang untuk mengandung mahupun melahirkan bayi kami sendiri. Kami amat merindui suasana itu,” katanya Daphna.