Konon Nak Bagi Pengajaran, Tindakan Guru Bakar Telefon Bimbit Pelajar Undang Kecaman!
Tindakan beberapa pelajar di salah sebuah sekolah di Indonesia yang dipercayai melanggar peraturan mengundang padah apabila telefon bimbit mereka dibakar guru.
Video kejadian itu tular di serata media sosial seperti Instagram, Twitter dan TikTok dan mendapat pelbagai reaksi netizen.
Kalau cikgu aku rampas phone and dia bakar camni, esok kau tengok dia bangun kereta dia aku buat mural guna kunci. pic.twitter.com/iLGuWm36BT
— izzy wizzy. (@theonlyizzah) February 20, 2022
Menerusi video pendek tersebut, dua orang guru wanita dilihat mencampak beberapa buah telefon bimbit ke dalam tong berapi disaksikan pelajar yang sedang berkumpul. Difahamkan guru tersebut berbuat demikian berikutan beberapa orang pelajar melanggar peraturan membawa telefon bimbit ke sekolah berasrama itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat kurang bersetuju dengan tindakan yang diambil dan mencadangkan denda yang lebih bersesuaian.
Difaham sekolah agama atau dikenali sebagai pesantren di Indonesia meletakkan syarat yang ketat kepada pelajar antaranya dilarang membawa telefon bimbit namun arahan tersebut sama sekali tidak diendahkan sesetengah pelajar.
“Mungkin ada cara lain yang lebih. Bukan semua pelajar berkemampuan untuk mempunyai telefon. Peredaran zaman sekarang langsung tidak sama seperti zaman dahulu,” komen seorang netizen.
“Ya betul ini mahu beri pengajaran. Tapi banyak cara lain yang lebih berkesan daripada membakar kesemua telefon tersebut.,” tulis netizen lainnya.
“This is soo wrong. Kalau phone is prohibited kat sekolah, just rampas then pegang. Apa hak untuk bakar macam ni, salah lah. There are tonnes of reasons why parents bagi phone pada anak diorang kat boarding school. Emergency, balik kampung naik bas,” antara komen lainnya.