Konon Terlebih Bayar & Sunting Resit Pembayaran, Netizen Terhibur Peniaga Kenakan Balik Scammer!
Aktiviti ‘scam’ di media sosial nampaknya masih berleluasa dan makin menjadi-jadi dalam kalangan peniaga dalam talian. Namun, para peniaga kini sudah semakin cakna dengan taktik penipu ini.
Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial Twitter berkongsikan pengalaman lucu bagaimana kakaknya telah ‘memperdaya’ kembali ‘scammer’ yang cuba untuk membeli manisan menerusi WhatsApp.
So semalam kakak aku bagitau, ada orang mesej jam 2 pagi untuk order Brownies. Dia minta permium set RM45/pack. HAHAHAHAHAHAH
kakak pun ambik lah order macam biasa…
Total semua 3 set RM135.
Tapi…. kamu tengoklah sendiri resit dia 😂 pic.twitter.com/HWprdzxyYX— ✨🦄 ꀸꀎꀸꀎ꓄ 🦄✨ (@SumandakSabah_) April 5, 2022
Dalam ciapan tersebut, wanita itu bercerita tentang cara-cara ‘scammer’ itu cuba untuk menipu kakaknya dengan menghantar resit pembayaran yang telah disunting.
Namun, kakak kepada individu tersebut sudah menyedari bahawa ia adalah taktik biasa ‘scammer’ yang cuba membeli barang namun tidak mahu membayarnya.
Malah, resit yang dihantar ‘scammer’ tersebut turut jelas kesan disunting dan nombor telefon individu itu juga telah dikesan sebagai ‘scammer’ di aplikasi Truecaller.
Selain itu, ‘scammer’ itu juga kononnya tersalah membuat bayaran dengan jumlah yang besar dan meminta kakaknya untuk menghantar kembali baki amaun yang tersilap tadi.
Tidak melatah dengan perkara tersebut, si kakak kemudian enggan membayar kembali baki tetapi menawarkan ‘brownies’ sebagai ganjaran.
Setelah mengetahui taktiknya ‘kantoi’, ‘scammer’ tersebut telah menghalang akses WhatsApp kakaknya itu.
Terhibur dengan tindakan peniaga kek dan manisan itu, ramai netizen puas hati melihat ‘scammer’ tersebut gagal dalam modus operandi untuk mendapatkan wang secara haram.
Dalam pada itu, netizen juga menasihatkan agar penjual barangan dalam talian untuk sentiasa keluar masuk wang di dalam akaun masing-masing setelah menerima pembayaran daripada pelanggan.