Konsert One World: Together At Home, Kutip Derma Bantu Krisis Covid-19 – Manis Madu

Konsert One World: Together At Home, Kutip Derma Bantu Krisis Covid-19

Boleh dianggap sebagai acara terbesar sewaktu sedang berlakunya krisis Covid-19 ini iaitu Konsert One World: Together At Home.

Konsert ini merupakan inisiatif daripada penyanyi pop terkenal antarabangsa iaitu Lady Gaga dengan kerjasama Global Citizen yang merupakan sebuah organisasi kebajikan.

 

Konsert yang akan berlangsung pada 18 April 2020 ini menampilkan begitu banyak artis, pemuzik, penyanyi yang terkenal di seluruh dunia.

Konsert yang boleh ditonton langsung pada 18 April akan mengambil masa selama 6 jam untuk pra-persembahan dan 2 jam untuk persembahan utama yang akan disiarkan secara atas talian dan di saluran televisyen tanpa melibatkan sebarang perjumpaan fizikal dan hanya atas talian.

 

Tujuan konsert ini diadakan adalah bertujuan untuk mengutip derma atau sumbangan bagi membantu menghadapi krisis pandemik Covid-19 yang berlaku secara global.

Sumber Gambar: GlobalCitizen.org

Antara artis dan penyanyi terkenal yang terlibat adalah seperti Jennifer Lopez, Taylor Swift, Andrea Bocelli, John Legend, Kacey Mugraves, Celine Dion, Ellen DeGeneres, Oprah Winfrey, Shawn Mendes dan banyak lagi.

Mengikut sumber daripada New Straits Times, Universal Music Malaysia telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia boleh menonton konsert ini secara langsung menerusi beberapa platform media sosial dan juga beberapa saluran Astro.

Antara saluran Astro yang Maduners boleh tonton konsert ini adalah seperti saluran Stay At Home Concert (Ch 700) secara langsung pada pukul 8.00 pagi dan MTV (Ch 718) pada 8.10 malam.

Post a Comment