Korang Clan Yang Mana Satu? Nasi Lemak Atau Nasi Uduk? – Manis Madu

Korang Clan Yang Mana Satu? Nasi Lemak Atau Nasi Uduk?

Jika di Malaysia, kita ada nasi lemak. Tetapi di Indonesia, nasi uduk menjadi pilihan rakyatnya.

 

Kedua-dua menu pilihan ini terkenal sehinggakan restoran makanan segera terkenal iaitu McDonalds mengeluarkan menu khas inovasi daripadanya.

 

McDonalds Malaysia telah memperkenalkan dua menu edisi terhad inspirasi daripada makanan kegemaran Malaysia iaitu Nasi Lemak McD dan juga Burger Nasi Lemak.

McDonalds Indonesia pula telah menyenaraikan Set Nasi Uduk dalam menunya untuk tempoh terhad di sana.

Sebenarnya ada persamaan ke? Ataupun ada perbezaan antara dua menu tersebut sehinggakan ada yang membandingkan perbezaan rasa antara nasi uduk dan nasi lemak.

 

Persamaan ketara yang Madu boleh lihat dalam menu ini adalah kedua-duanya dimasak menggunakan santan.

 

Cara penyediaan nasi lemak adalah beras ditanak bersama santan, daun pandan, garam dan beberapa keping halia.

 

Manakala untuk nasi uduk, selain beras dan santan, ramuan tambahan seperti daun salam, daun pandan, serai, daun limau serta garam dan gula.

 

Nasi lemak biasa dihidangan bersama sambal tumis, telur rebus, ikan bilis, kacang goreng dan hirisan timun.

 

Boleh juga tambahkan lauk pauk seperti rendang ayam, sambal kerang, sambal sotong dan macam macam lagi. Terliur dibuatnya cerita mengenai nasi lemak dan nasi uduk ini!

Nasi uduk pula disajikan bersama sos kacang pedas bersama hidangan sampingan telur goreng, ayam goreng, hirisan timun dan tempe goreng serta taburan bawang goreng.

Madu kalau bercerita bab makan, dah terngiang ngiang aroma bau nasi lemak dan nasi uduk. Wanginya!

Dulu kalau bangun pagi, yang wajib Madu cari adalah nasi lemak. Tapi sekarang, nak makan nasi lemak, anytime pun boleh. Pagi, petang atau malam.

 

Di Indonesia pula, nasi uduk biasanya dihidangkan ketika majlis keramaian seperti perkahwinan.

 

Macam mana? Dah boleh beza belum nasi lemak dan nasi uduk? Sebenarnya, tiada perbezaan ketara pun yang boleh kita tengok.

 

Cuma penyediaan dan bahan bahan yang membezakan.

Resepi untuk Nasi Uduk pun Madu bagi sekali okay. Kita kena lah
fair and square.

Post a Comment