Lagu Terbaru Joji, “Glimpse Of Us” Buat Ramai Perempuan Insecure Dengan Teman Lelaki Mereka
Teman lelaki anda termenung lepas dengar lagu ini? Para wanita sila merajuk!
Lagu terbaru daripada Joji, Glimpse of Us kini tular panas di media sosial kerana dikatakan mereka yang dengar lagu ini masih tidak move on dari bekas teman wanita mereka.
Artis Joji yang sebelum ini terkenal dengan lagu SLOW DANCING IN THE DARK dan juga Sanctuary serta kali terakhir mengeluarkan lagu (album) sebelum ini adalah pada tahun 2020 iaitu Nectar.
Dihasilkan oleh Connor McDonough, lagu Glimpse Of Us ini dikatakan memberi perspektif Joji membandingkan antara teman wanitanya dengan bekas teman wanitanya sebelum ini! Yang mana situasi bahawa teman wanita barunya ini cukup sempurna di mata ramai tetapi pada Joji tidak sesempurna bekas teman wanitanya.
Patutlah lelaki termenung bila dengar lagu ini, mesti teringat bekas teman wanita mereka, perempuan jadi lagi insecure!
Bila dengar lagu ini dan anda faham liriknya, perasaan sedih itu muncul dan seakan faham dengan situasi Joji itu sendiri.
~Why then, if she’s so perfect
Do I still wish that it was you?~
Pada bahagian lirik ini, Joji cuba sampaikan jika teman wanita barunya begitu sempurna, kenapa masih Joji berharap teman wanitanya adalah bekas teman wanitanya yang dahulu.
Jika seseorang merasa seperti ini bermaksud si dia masih tidak lagi move on sepenuhnya dari hubungan sebelum ini, lagilah perempuan tambah insecure kalau teman lelaki masih tak move on dari bekas teman wanitanya.
~Said I’m fine and said I moved on
I’m only here passing time in her arms
Hopin’ I’ll find a glimpse of us~
Beberapa lagi baris lirik yang begitu sayu tetapi merisaukan buat wanita jika teman lelakinya dengar lagu ini!
Baris lirik ini memberikan bayangan bahawa bekas teman wanitanya itu sudah move on dan berada dalam keadaan baik tetapi Joji berharap perkara itu hanya sementara bermaksud masih menaruh harapan pada hubungan sebelum ini.
Jika teman lelaki anda sekarang masih menaruh harapan pada hubungannya yang sebelum ini adalah satu perkara yang sangat menyedihkan bermaksud dia masih ada perasaan cinta pada bekas teman wanitanya.
Situasi seperti ini, individu yang menjadi mangsa sebenar dalam hubungan adalah teman wanita barunya, tidak memahami situasi yang berlaku tetapi masih mencintai Joji sepenuh hati.
Ahhh! Bercampur baur perasaan bila dengar lagu ini, pada Syaz tiada yang lagi sedih bila kita dalam hubungan dan mencintai seseorang tetapi pandangan mata si dia bukan pada kita tetapi pada hubungannya sebelum ini, itu yang Syaz sedar dari lagu Glimpse of Us.
Semoga anda semua berada dalam hubungan percintaan yang sihat dan Syaz nasihatkan jangan terlalu mencintai seseorang kerana ianya boleh membutakan.
Anda boleh dengar lagu penuh Joji, Glimpse of Us di bawah!