Lelaki Dedah Cubaan Pecah Masuk Rumah, Pelaku Patah Balik Lepas Perasan Ada CCTV – Manis Madu
Lelaki Dedah Cubaan Pecah Masuk Rumah, Pelaku Patah Balik Lepas Perasan Ada CCTV

Lelaki Dedah Cubaan Pecah Masuk Rumah, Pelaku Patah Balik Lepas Perasan Ada CCTV

Seorang pengguna Twitter baru-baru ini mendedahkan percubaan seorang lelaki tidak dikenali cuba memecah masuk rumahnya.

 

Difahamkan, pemilik video dihubungi isterinya sekitar jam 5 petang untuk bertanya sama ada pintu rumah dibuka atau tidak dan memaklumkan pagar terbuka luas.

“Aku pelik sebab sliding door belah tu tak pernah pakai. Gate aku tutup time keluar tadi,” ceritanya.

 

Setelah memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dia mendapati terdapat seorang lelaki menaiki motor berwarna kuning telah datang ke rumahnya dan didakwa cuba memecah masuk.

 

Namun, kerana terperasan adanya CCTV di hadapan rumah, tanpa menunggu lama lelaki bermotor itu segera beredar dari rumah berkenaan.

 

No plate dapat VCD8709. Bila check no plate atas kereta Toyota. Kalau tengok gambar ni dia perasan ada CCTV,” tulisnya dalam ciapan itu.

 

Pemilik video ini juga meluahkan rasa lega kerana dia memasang CCTV di rumahnya sekaligus berjaya mematahkan cubaan pecah masuk tersebut dan dapat mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.

 

Dia juga mendakwa pencuri itu sudah lama mensasarkan rumahnya kerana perancangan yang dibuat si pelaku begitu terancang dan lancar.

 

Di ruangan komen, kebanyakan netizen terkejut kerana kejadian tersebut berlaku di siang hari. Segelintir netizen juga mengingatkan agar lelaki ini lebih berhati-hati dan memuji tindakannya memasang CCTV di kawasan rumah.

 

Relax je dia masuk parking motor macam masuk rumah sendiri lepas balik kerja,”

 

“Pukul 5 petang time peak hour orang balik kerja buat job. Berani sangat ni,”

 

“Semoga di lindungi bro. Memang dah lama aim tu. Lepas ni dah boleh lock pagar rumah,”

 

Siang-siang hari pun berani ‘buat kerja’! Sekarang ini penggunaan CCTV di rumah pun dah sama penting seperti penggunaan dashcam dalam kenderaan.

Post a Comment