Lima Barang Utama Untuk Dekorasi Bilik Perlu Ada Buat ‘Newbie’
Memiliki rumah dengan ruangan yang dihias cantik mengikut tema tertentu pasti menjadi salah satu impian para wanita. Madu yakin, ia adalah satu bentuk kepuasan bila tengok ruangan dalam rumah terhias cantik.
Lagi tambah semangat untuk mencantikkan ruangan apabila scroll jerr media sosial, mulalah nampak video-video transformasi atau idea untuk dekorasi rumah. Geram tengok!
Untuk pengetahuan Maduners, tidak semua dekorasi tersebut memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Ada juga perkara, Maduners boleh cuba buat sendiri (DIY) dan mencari barangan deko dengan harga lebih rendah.
Di sini, Madu akan kongsikan beberapa barangan yang Maduners boleh beli sesuai dengan tema yang anda suka!
#1 Cermin
Cermin dengan perempuan ibarat bestfriend! Nak beli cermin, perlu lihat juga pada kualiti dan design. Maduners boleh check link yang Madu kongsi di bawah untuk cuci-cuci mata.
- Dilas Home Wall Hanging Round Mirror (RM29)
- Full Body Mirror (RM77)
- Full Length Stand Mirror (RM89)
- Dressing Mirror Full Body (RM139)
#2 Rak Pakaian
Rak pakaian juga antara salah satu barang penting yang perlu ada di rumah. Nak susun baju-baju supaya kemas dan tersusun cantik!
#3 Meja
Ini penting juga waktu-waktu pandemik sekarang! Nak belajar, bekerja dari rumah mesti memerlukan kepada persekitaran serta ruang belajar/kerja yang selesa.
- Computer Desk Study Table (RM46)
- Computer Table Student (RM120)
- BERNIE Series Study Desk (RM123)
- Kayu Anti-Scratch/ Meja PC Komputer (RM179)
#4 Kerusi
Bila dah ada meja, pelengkapnya mestilah kerusi. Pemilihan kerusi yang selesa juga memainkan peranan penting ketika belajar/bekerja.
#5 Rak
Untuk meletakkan barang perhiasan lain seperti bingkai gambar, pasu bunga, buku atau lain-lain perhiasan, Maduners perlukan rak!
- Grid Wall Shelf Wall Mounted Hanging Shelf (RM21)
- Rope Swing Wooden Wall Hanging Shelves Wall (RM24)
- Floating Wall Shelves (RM25)
- Multilayer Grid Wall Shelf/ Iron Hangging Rack (RM32)
Madu harap perkongsian ini dapat membantu Maduners yang baru berjinak-jinak nak deko rumah atau ruangan. Good luck!
Sumber: Syed Aaliff