Lisa Blackpink Raih 10 Juta Tontonan Dalam Masa 2 Jam!
Anggota kumpulan K-pop terkenal Blackpink, Lisa, yang melancarkan video muzik solonya berjaya mencatat rekod apabila mendapat 10 juta tontonan dalam masa hanya 2 jam, lapor Bangkok Post.
Penyanyi kelahiran Buri Ram, Thailand itu melancarkan single solo terbaharunya bertajuk Lalisa yang diambil daripada nama sebenarnya, Lalisa Manoban.
Klip video lagu Lalisa itu merupakan klip video artis wanita K-pop yang paling pantas mendapat tontonan tinggi bagi sepanjang zaman selepas memecahkan rekod 30 juta tontonan dalam masa lima jam 30 minit!
Jumlah tontonan bagi video klip tersebut seterusnya meningkat menjadi 42 juta selepas sembilan jam dan terus meningkat dengan pantas.
Rekod tersebut diumumkan oleh kumpulan penjejak artis pop, World Music Awards selepas lima jam menerusi Twitter.
#BLACKPINK’s #Lisa‘s #LALISA Makes History, Breaking The #WorldRecord For #MostViewsOnYouTubeIn1st24HoursByASoloArtist!💪🏆🥇👩🎤🎥🌎1⃣✖️2⃣4⃣👑💛https://t.co/qh6ock8sNJ pic.twitter.com/fGQVJO9ihi
— World Music Awards (@WORLDMUSICAWARD) September 11, 2021
Lisa ialah artis ketiga dari Blackpink yang mengeluarkan muzik solo dan mendapat perhatian tambahan di Thailand kerana merupakan warganegara Thailand.
View this post on Instagram
Menerusi video tersebut, Lisa memberi penghormatan kepada asal-usulnya dengan mengenakan pakaian tradisional Thailand dalam beberapa babak.