Lisa Blackpink Ungguli ‘UK Official Chart’ Empat Minggu Berturut-turut!
Nama artis K-Pop kelahiran Thailand, Lisa Blackpink kini terus mekar dalam industri hiburan antarabangsa.
View this post on Instagram
Terbaru, Lisa mencipta rekod sekali lagi dalam UK ‘Official Chart’ selepas lagu terbarunya, “MONEY” berada dalam carta tersebut selamat empat minggu berturut-turut.
Rekod menakjubkan itu hadir hanya dua hari selepas lagu tersebut menduduki tempat ke-46 dalam ‘Official Singles Chart, Top 100’.
Pencapaian itu agak mengagumkan kerana lagu tersebut pada minggu sebelumnya menduduki tangga ke-54, menduduki lapan tangga lebih baik pada minggu berikutnya.
Menariknya, Lisa merupakan satu-satunya artis solo wanita K-Pop yang berjaya berada di UK ‘Official Chart’ selama empat minggu berturut-turut.
Kejayaan itu juga merupakan yang pertama sejak lapan tahun lepas di mana pada waktu itu, lagu “Gentleman” daripada PSY yang berada dalam carta tersebut selama empat minggu berturut-turut.
Lisa, 24, adalah anggota ketiga daripada kumpulan Blackpink yang tampil menjayakan projek solo.
Beliau turut dipuji oleh Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha kerana mempromosikan budaya Thailand dalam video muzik “Lalisa” bulan lalu.
Kumpulan Blackpink pernah memegang rekod dunia Guinness termasuk untuk “video YouTube paling banyak ditonton dalam 24 jam” dan “video muzik paling banyak ditonton dalam 24 jam”.
Walau bagaimanapun, rekod mereka dipecahkan oleh single terkenal kumpulan K-Pop BTS, “Dynamite” tahun lalu.