Lupa Buka Tali Ikatan, Kubur Seorang Wanita Terpaksa Digali Semula – Manis Madu
Lupa Buka Tali Ikatan, Kubur Seorang Wanita Terpaksa Digali Semula di Jakarta

Lupa Buka Tali Ikatan, Kubur Seorang Wanita Terpaksa Digali Semula

Setiap jenazah yang beragama Islam mestilah diuruskan mengikut kaedah pengurusan yang betul seperti yang dituntut di dalam Islam.

 

Baru-baru ini kubur seorang wanita terpaksa digali semula kerana ahli keluarganya lupa membuka tali ikatan pada jenazah.

 

Menurut laporan Detik, peristiwa berkenaan dilaporkan berlaku di Kampung Bulusan, Karangdowo, Klaten, Jawa Tengah di Jakarta apabila keluarga jenazah berasa tidak tenang dan akhirnya mengambil keputusan untuk menggali semula kubur wanita berusia 50 tahun itu. 

 

Penghulu Kampung Bulusan, Heri Purwoko memberitahu memang benar ada kubur yang digali semula untuk membuka tali jenazah.

 

Mangsa bagaimanapun dipercayai meninggal dunia akibat sakit jantung dan perkara itu diketahui ketua kampung selepas menerima laporan yang dibuat keluarga.

 

Selepas penggalian semula kubur dibuat, ternyata memang tali jenazah tidak dibuka. 

 

Akhirnya, selepas selesai membuka tali jenazah, jenazah dikebumikan  sekali lagi.

 

Heri berkata, perkara itu diketahui selepas mendapat permintaan dari keluarga yang berasa tidak tenang menyebabkan semua pihak bekerjasama menggali semula kubur itu.

 

Tali jenazah lupa dibuka kerana jenazah dibawa terus dari hospital dalam peti mayat.

 

Jurucakap polis Karangdowo, Aleg Ipanudin bagaimanapun mengesahkan mengenai kejadian terbabit dan memaklumkan jenazah meninggal di hospital dan dikebumikan pada 12 Julai yang lalu.

 

Aleg juga mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat sakit jantung, bukan kerana Covid-19.

Sumber Gambar: Detik

Post a Comment