Majikan Paksa Pekerja Makan Ubat Ivermectin – Manis Madu
Majikan Paksa Pekerja Makan Ubat Ivermectin

Majikan Paksa Pekerja Makan Ubat Ivermectin

Ikhtiar dalam mendapatkan rawatan yang terbaik selain dari di Vaksin bagi mencegah penularan wabak Covid-19 sememangnya usaha yang sangat baik.

 

Perkara ini dapat menimbulkan masalah apabila ada segelintir individu sewenang-wenangnya membuat andai sendiri tanpa mengkaji fungsi dan kegunaan sesuatu ubat yang dimakan. 

 

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila salah seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @lelakiserigala mendakwa majikan di tempat kerja kakaknya memaksa semua pekerja yang disahkan positif Covid-19 untuk mengambil ubat Ivermectin yang sebenarnya digunakan pada haiwan.

Apa yang lebih kejam dan mengundang kemarahan ramai pihak apabila majikan kakaknya masih menyuruh individu yang positif untuk datang ke tempat kerja dan memaksa pekerja makan ubat tersebut di hadapannya.

 

Pada awalnya pemilik akaun twitter @lelakiserigala itu memberitahu kakaknya disahkan positif Covid-19 dan dipercayai dijangkiti di tempat kerja sebelum dia menjangkiti ahli keluarga yang lain.

 

“Ingat tak kes kakak aku positif Covid sebab tempat kerja? Hari ini Boss dia suruh makan Ivermectin. Makan depan Boss dia K” – @lelakiserigala

 

Dalam perkongsian di Twitter, lelaki tersebut juga memaklumkan bahawa kakaknya adalah ibu tunggal dan abang iparnya sudah meninggal dunia.

 

“7 July 2021 family aku buat Covid-19 swab test, turn out kakak aku ngan adik lelaki aku positif. I will blame company yang dia kerja sekarang. Kakak aku ibu tunggal. Abang ipar aku meninggal dah” – @Lelakiserigala

 

Menerusi tangkap layar yang diambil melalui aplikasi Whatsapp itu pula menunjukkan ahli keluarganya sangat marah dan melarang kakaknya untuk makan ubat tersebut.

 

Ubat Ivermectin ini juga bagaimanpun telah dilarang oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman MySejahtera bagi kegunaan manusia kerana ubat tersebut adalah untuk haiwan dan tidak disahkan keberkesanannya.

Post a Comment