‘Makanan Melekat’ Sepanjang Dinding Tepi Jalan Raya, Ramai Teruja!
Kemampuan untuk menghasilkan sesebuah karya seni tidak dimiliki oleh semua orang. Buat mereka yang ada bakat, hasilnya memang wow!
Baru-baru ini melalui akaun @syalsepehee di laman TikTok, seorang gadis berkongsi pengalamannya melukis mural di Taman Chai Leng, Pulau Pinang.
@syalsepehee Reply to @azimalmi Kasi lah #fyp support #localartist #foryoupage #mural #foodie #chailengpark #penang #artist #nipponpaint #syalsepehee ♬ Dan… (Album Version) – Sheila On 7
Menurutnya, tugasan melukis mural itu diminta sendiri oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai yang mahukan tema ‘makanan-makanan yang terdapat di Chai Leng Park’.
Sepanjang 10 hari menyiapkan lukisan tersebut, Syal mengakui perkara itu adalah pengalaman yang paling berharga walaupun pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuh semasa proses menghasilkannya.
View this post on Instagram
“Sepanjang tempoh Syal siapkan lukisan dekat sini, macam-macam cabaran Syal lalui. Hujan, panas, angin kuat. Paling teruk sekali, hujan lah. Bila hujan turun, kerja-kerja mengecat ni memang tak boleh nak sambung terus pastu kita akan sambung keesokan harinya.
“Bila terik sangat pun kita tak boleh nak sambung sebab panas sangat. Ada pula satu hari tu, terpijak pula tahi anjing. Terpaksa la samak di Petronas berdekatan,” katanya dalam video tersebut.
Sementara itu, Syal juga mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai kerana memberi peluang untuk dia berkarya serta kepada orang awam yang sentiasa berbuat baik kepadanya sepanjang proses menyiapkan lukisan tersebut.