Mangsa Keganasan Rumah Tangga Dapat Pampasan RM1.77 Juta Daripada Rusia – Manis Madu
Mangsa Keganasan Rumah Tangga Dapat Pampasan RM1.77 Juta Daripada Rusia

Mangsa Keganasan Rumah Tangga Dapat Pampasan RM1.77 Juta Daripada Rusia

Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah mengarahkan Rusia membayar pampasan kepada empat wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

 

Menurut laporan, mereka termasuk Margarita Gracheva yang diculik sebelum tangannya dipotong suaminya pada 2017 yang akan memperoleh pampasan 315,000 Pound Sterling (RM1.77 juta) daripada Rusia.

Mahkamah itu berkata, ia kerana kegagalan negara berkenaan menyelesaikan isu keganasan rumah tangga.

 

Menurut mahkamah, ia memerlukan Rusia bertindak segera menghentikan serangan dan keganasan seumpama itu pada masa akan datang.

 

Katanya, keganasan rumah tangga terhadap wanita terbabit berlaku pada skala mengejutkan dan Rusia melanggar dua artikel Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia.

Pada Disember 2017, Gracheva dibawa ke hutan dan tangannya dipotong suaminya menggunakan kapak selepas dia meminta cerai.

 

Walaupun sudah melaporkan kejadian kepada polis, pihak berkuasa itu tidak mengambil tindakan apa-apa terhadap tingkah laku ganas suaminya itu.

 

Tangan kirinya yang dipotong diambil dari hutan dan dijahit semula, manakala tangan kanan dipasang tangan palsu selepas dana daripada satu kempen derma.

 

Lelaki itu yang kini menjadi bekas suaminya, Dmitry Grachev disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun.

Post a Comment