Mengaku Rasa Kesal Lahir Di Malaysia, Finalis Miss Malaysia Teruk Dibantai Netizen! – Manis Madu
Mengaku Rasa Kesal Lahir Di Malaysia, Finalis Miss Malaysia Teruk Dibantai Netizen!

Mengaku Rasa Kesal Lahir Di Malaysia, Finalis Miss Malaysia Teruk Dibantai Netizen!

Salah seorang daripada finalis Miss Malaysia, Abby Lee teruk dikecam setelah beberapa siri kenyataan yang mengundang kritikan ramai telah menjadi tular di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Abby Lee đź‘‘ (@abby_music96)

Menurut laporan Malay Mail, seorang pengguna Facebook bernama Hui Yee telah berkongsi beberapa siri kenyataan yang berbaur wasangka dan rasis di mana Abby didakwa mengutuk negara Malaysia dan juga masyarakat Asia.

Dalam hantaran Hui Yee itu, Abby dilihat membuat kenyataan di mana dia menyertai pertandingan ratu cantik itu hanya disebabkan kepentingannya dan bukanlah kerana dia mencintai negara Malaysia.

 

“Saya menyertai ini (Miss International Malaysia (MIM)) hanyalah untuk kepentingan saya. Bukan kerana saya cintakan negara saya.

 

“Mereka yang rapat dengan saya tahu bahawa saya tak pernah ambil berat mengenai Malaysia. Saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai rakyat Malaysia dan sentiasa mahu berhijrah,” tulisnya

 

Abby juga didakwa pernah menyatakan kekesalannya kerana tidak dilahirkan di negara China atau Jepun yang lebih maju berbanding Malaysia selepas insiden yang melibatkan dia bersama seorang jurugambar yang telah mengambil fotonya dengan kualiti yang tidak baik semasa acara berlangsung.

 

Tidak lama kemudian, Abby tampil membuat kenyataan balas di mana dia mendakwa tuduhan yang dilemparkan terhadapnya adalah palsu.

 

Selain itu dia turut menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai niat jahat dan turut memohon maaf kepada mereka yang terkesan dengan kelakuannya itu.

Post a Comment