Menyentuh Hati! Petugas Kesihatan Daki Bukit Setinggi 500 Meter Bantu Pesakit Orang Asli
Memang tidak dapat dinafikan sungguh besar pengorbanan dan cabaran yang dihadapi oleh barisan hadapan disaat wabak Covid-19 ini menular di seluruh dunia.
Begitu juga yang dihadapi oleh penolong pegawai perubatan ini apabila dia ditugaskan untuk membawa dan memujuk dua beranak masyarakat Orang Asli di Langkap yang disahkan positif Covid-19 ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Menerusi video yang dimuat naik beliau di laman TikTok @thedressar1, dia bersama rakan tugasnya ketika itu sedang berada di kampung orang asli Langkap bagi membawa bayi berumur 9 tahun bersama ibunya ke hospital.
Disebabkan rangkaian telefon di kawasan itu tidak dapat di akses, penolong pegawai perubatan itu terpaksa memanjat bukit setinggi 500 meter bagi mencari dua beranak berkenaan.
“Saya terpaksa panjat bukit tinggi dan cari rumah dia. Sebab line telefon tiada dan rumahnya dalam dusun. Agak mencabar dan memenatkan” – @thedressar1.
Dengan kerjasama yang diberikan, dua beranak tersebut pun akur dan mengikut petugas kesihatan turun.
“Mujurlah dia nak bekerjasama dan ikut turun. Saya dapat pujuk dia untuk dibawa ke hospital” – @thedressar1
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat tersentuh melihat video yang dimuat naiknya itu dan memuji usaha petugas barisan hadapan tersebut.
“untuk semua petugas saya doakan moga kalian sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t amin” – @lindalara080.
“sayu tengok muka anak dia” – @anian899.
“ya Allah sedih tengok anak kecil positif Covid-19 semoga ibu dan anak cepat sembuh. Terima kasih frontliner” – @eyraeyra65.
Video tersebut sudah mencecah 305.4 Juta tontonan dan 1964 komen di laman sosial TikTok.