Menyusahkan! Tidak Dapat Keluar Dari Parking Kerana Baki Kad Touch ‘n Go Kurang 13 Sen
Tidak dapat dinafikan, kewujudan teknologi memudahkan hampir keseluruhan urusan harian kita. Selagi adanya capaian internet, segalanya dapat diselesaikan hanya dihujung jari!
Namun, jika teknologi itu tidak mempunyai sistem tadbir urus yang baik, maka akan berlaku sebaliknya.
Begitulah situasi yang berlaku terhadap seorang pengguna laman sosial Twitter @wernshen melalui ciapan yang dimuat naik di laman itu baru-baru ini.
TNG card short of 13 Sen so can’t exist parking. Walk in the rain to Mynews but can only reload w cash. Walk to ATM in rain, walk back to reload, then walk back to car. In the rain. GG legacy technology. Got 1k in eWallet also no use. pic.twitter.com/d5iP1OQRqC
— Chan Wern Shen (@wernshen) November 22, 2021
Menurut lelaki tersebut, dia tidak dapat keluar dari tempat letak kenderaan kerana baki kad Touch ‘n Go miliknya kurang 13 sen dan keadaan itu memaksanya berjalan dalam hujan menuju kedai serbaneka terdekat untuk tambah nilai.
Wern Shen juga menjelaskan baki di dalam aplikasi Touch ‘n Go e-Walletnya sebanyak RM1k tetapi malang sekali tidak dapat digunakan kerana kad tidak bersambung dengan aplikasi.
“Mujur perkara ini berlaku kepada saya di dalam pusat membeli belah dan kedai yang menawarkan khidmat ATM masih belum ditutup.
Tapi cuba bayangkan jika saya seorang wanita, keseorangan di tengah malam. Tiada kedai serbaneka, tiada ATM dibuka. Bagaimana? Tak kan nak naik Grab untuk balik dan ambil kereta esoknya? Takkan…” tulisnya lagi dalam ciapan tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, warganet bersetuju dengan sistem Touch ‘n Go yang disifatkan menyusahkan dan leceh.
Perkara ini sebenarnya sudah beberapa kali disuarakan oleh warganet melalui medium laman sosial tetapi malangnya tidak ada sebarang tindakan atau penambahbaikan diambil untuk menyelesaikan masalah ini.
@adameji7 Please la integrate kad and app tu dear Touch & Go #fyp #fypdongggggggg #adameji7 #fypシ #malaysiatiktok #malaysia ♬ original sound – Ejiofor Young
Diharap isu ini segera mendapat perhatian pihak berwajib untuk memudahkan urusan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan tersebut.