Minum Air Banyak Kembangkan Urat Saraf? Jangan Terlalu Percaya Mitos Tentang Ibu Mengandung!
Mesti pernah dengan macam-macam mitos pelik kan? Tak kisah daripada kawan sendiri ataupun orang terdahulu.
Kalau nak tahu mitos merupakan cerita yang mungkin tidak mempunyai kesahihan tetapi adakalanya dipercayai dalam kalangan manusia. Biasa yang bawa mitos ataupun pantang larang adalah atuk nenek kita zaman dahulu yang banyak amalkan perkara yang sebegini.
Kali ini, Alif nak kongsikan dengan Maduners beberapa mitos mengenai wanita tak kisah sama ada mereka yang belum berkahwin, mengandung, ataupun sedang berpantang. Ada saja mitos yang pasti kita dengar.
1. Ibu mengandung perlu makan dua kali daripada kebiasaan mereka.
Pada awal kehamilan seorang wanita, kadang-kadamg mesti kita biasa dengar ayat “kena makan banyak, untuk dua orang”. Tetapi bukannya kena makan makanan dua kali ganda banyak ataupun lebih banyak daripada kebiasaan. Salah sebenarnya.
Setiap trimester yang berbeza, ibu mengandung memerlukan tambahan tenaga bagi memastikan ibu dan anak mendapat bekalan khasiat yang secukupnya. Contoh tambahan tenaga seperti vitamin, tapi pastikan dapat rujukan pakar terlebih dahulu.
2. Makan kacang semasa kehamilan akan menyebabkan anak akan alah kepada kacang
Sebenarnya, perkara ini bergantung kepada genetik. Jika ibu tersebut makan kacang dengan lebih kerap, maka risiko anak untuk mendapat alahan kacang adalah rendah.
Begitu juga sebaliknya, jika ibu mengandung kurang makan kacang sewaktu kehamilan, mungkin risiko anak untuk dapat alahan mungkin lebih tinggi.
3. Ibu dalam pantang tidak boleh minum air dengan kerap dan banyak.
Ini perkara paling salah sekali. Ibu dalam pantang dikatakan tidak boleh minum air dengan banyak kerana dikatakan boleh menyebabkan urat saraf menjadi kembang. What!!!
Tolong jangan percaya mitos ini. Sebenarnya pengambilan air yang sangat penting untuk memulihkan kecergasan badan, keseimbangan elektrolit dan mengawal suhu badan. Pengambilan air secukupnya penting bagi ibu yang menyusukan bayi bagi menggantikan air yang digunakan untuk menghasilkan susu ibu.
4. Tidak makan makanan berwarna gelap akan bantu dapat anak berkulit cerah.
Bila Alif dapat tahu wujudnya mitos yang macam ini, rasa agak kecewa. Ini adalah kepercayaan orang terdahulu. Setiap kulit warna dijadikan cantik dengan keunikannya sendiri.
Tiada makanan yang boleh mengubah ketetapan genetik anda anak. Warna kulit ialah ciri-ciri genetik dan dipengaruhi oleh jumlah dan pengagihan pigmen melanin di dalam kulit.
5. Makanan yang pedas akan cetuskan kelahiran terlebih awal.
Sebenarnya masih tiada kajian secara saintifik bagi membuktikan makan makanan yang pedas boleh mencetuskan kelahiran awal. Tetapi apa yang pasti, anda akan mengalami pedih perut dan masalah pencernaan sekiranya makan makanan terlalu pedas dalam kuantiti yang banyak.
Macam-macam jenis mitos, ada yang mungkin pernah dengar dan ada yang mungkin tidak pernah didengari. Ada lagi sebenarnya kalau nak diikutkan.
Harap info ini membantu Maduners terutamanya untuk mereka yang ada perancangan untuk mendapatkan cahaya mata!