Misteri Bau Petai Tidak Hilang Selama Dua Minggu, Rupa-Rupanya – Manis Madu
Misteri Bau Petai Tidak Hilang Selama Dua Minggu, Rupa-Rupanya

Misteri Bau Petai Tidak Hilang Selama Dua Minggu, Rupa-Rupanya

Seorang wanita menarik perhatian netizen di media sosial gara-gara menceritakan kisah berkenaan bau petai yang tidak hilang di rumahnya selama dua minggu!

 

Video itu dimuat naik ke akaun TikTok bernama @indomigorengtelur.

Menerusi video yang dikongsikan, wanita itu berkata bahawa dia sekeluarga telah menghidu bau petai selama dua minggu, namun tidak diketahui datang dari mana.

 

Suaminya menjangkakan bahawa bau itu mungkin datang daripada wanita itu sendiri kerana dia yang memakan petai.

 

Bagaimanapun, dia menafikan perkara tersebut kerana bau itu bukan sahaja dihidu dari ruang tamu, malah di dalam bilik tidur. Tambahan pula, sampai dua minggu lamanya bau itu masih kekal.

petai 2 (1)

Pada suatu hari, kemusykilan itu terjawab apabila mereka menemui beberapa biji buah petai yang diletakkan di dalam ruang penapis air oleh anak mereka sendiri.

 

Video berkenaan mula dibanjiri komen daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan situasi tersebut.

 

“Hahaha nak marah pun tak boleh, akhirnya hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersenyum kepada anak,” tulis seorang netizen.

 

“Minyak wangi asli berperisa petai,’’ tulis netizen lain.

Post a Comment