Mitos! Berus Mekap Harus Dicuci Hanya Menggunakan Sabun Pencuci Khas
Tahap kebersihan peralatan mekap adalah salah satu perkara yang sangat penting untuk anda titik beratkan jika anda seorang yang suka bermekap.
Ramai antara kita di luar sana (Madu sendiri pun tidak terkecuali) kadang-kadang terlupa membersih berus mekap yang telah kita gunakan. Jika anda seorang selalu menggunakan berus mekap, anda dinasihat supaya mencuci berus mekap anda seminggu sekali. Praktikkan tabiat untuk mencuci berus mekap anda pada hujung minggu.
Pembelian sabun pencuci mekap adalah TIDAK DIWAJIBKAN! Ramai yang berfikiran berus mekap haruslah menggunakan sabun pencuci yang khas. Ini adalah TIDAK BENAR! Trust me, sebenarnya anda tidak perlu beli sabun pencuci berus, anda boleh menggunakan baby shampoo or Ivory soap.
Sumber Gambar: Nykaa
Sumber Gambar: Sunnybrook
Gunakan tapak tangan anda, dan bentukkan seperti mangkuk kecil. Basahkan tangan anda dan biarkan air sabun yang suam menakung di tapak tangan anda, pusingkan berus anda sambil membuat gerakan bulatan kecil di tapak tangan anda. Bilas dan perah perlahan-lahan untuk berus bisa kembali ke bentuk asal.
Tinggalkan semalamam, baringkan berus mekap anda beralaskan kain. Berus mekap akan kering jika dibiarkan semalaman. Jangan sekali-kali merendam berus mekap anda!! Ini boleh membuatkan bulu berus anda senang tercabut.
Sumber Gambar: HowToCleanThings