Nabila Enggan Ulas Lanjut Tentang Dakwaan Tunang Dengan Engku Emran – Manis Madu
Nabila Enggan Ulas Lanjut Tentang Dakwaan Tunang Dengan Engku Emran

Nabila Enggan Ulas Lanjut Tentang Dakwaan Tunang Dengan Engku Emran

Madu rasa ramai yang sudah tahu tentang kisah penceraian antara kakak Neelofa iaitu Noor Nabila dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada Julai tahun lalu. Walaupun sudah bercerai namun keduanya masih mengekalkan hubungan baik demi menjaga kebajikan anak mereka iaitu Jebat Jayden.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Semalam, timbul pula dakwaan mengatakan kononnya Nabila dan juga Engku Emran telah bertunang! Eh betul ke?

 

Isu ini tercetus susulan satu gambar yang tersebar menunjukkan Engku Emran telah hadir ke kediaman usahawan tersebut untuk menghadiri usrah bersama seorang lagi ustaz.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Spekulasi mengenai keakraban mereka berdua juga turut khabarnya mendapat perhatian netizen Indonesia. Engku Emran sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon terkenal negara seberang iaitu Laudya Cynthia Bella selama 2 tahun sebelum keduanya berpisah sekitar Julai tahun lalu.

Post a Comment