“Nak Apa Semua Dia Bagi!” Wanita Puji Pengasuh Anak Beri Layanan Terbaik
Naluri seorang ibu pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya dalam semua aspek. Ini termasuk ketika mencari tempat terbaik untuk menghantar anak ke rumah pengasuh atau pusat jagaan.
Berat hati dan rasa sangsi pasti ada, rentetan banyak isu serta kes mengerikan terjadi ketika anak dihantar di bawah jagaan pengasuh. Namun, tanggungjawab untuk mencari rezeki memaksakan para ibu bapa ‘melepaskan’ anak mereka di bawah jagaan orang lain.
Walaupun banyak kita dengar cerita tak best tentang pengasuh atau pusat jagaan tetapi tidak boleh pukul rata! Masih ada yang baik hati dan menjaga anak-anak asuhan seikhlas hati.
Seorang pengguna Twitter @AidaSue ada berkongsi yang menceritakan bahawa pengasuh anaknya dikatakan sanggup melakukan apa sahaja yang diminta anaknya. Sebut sahaja nak apa, semua dia bagi!
Penjaga anak aku ni kalau boleh bagi rating, aku rate 1000/10 kot. Anak aku cakap nak camping, dia pacak terus khemah depan umah. 🥲😂 apa je anak aku minta dia bagi. Tak terbalas jasa dia 😭😄 pic.twitter.com/dTQuAA8wKz
— Aida Sue ✨🥇 (@AidaSue) November 15, 2021
“Penjaga anak aku ni kalau boleh bagi rating, aku rate 1000/10 kot. Anak aku cakap nak camping, dia pacak terus khemah depan rumah. Apa je anak aku minta dia bagi. Tak terbalas jasa dia,” tulis Aida di laman Twitter.
Aida turut menceritakan bahawa pada mulanya pengasuh itu hanya menjaga anaknya sahaja. Selepas itu, ditambah dua orang lagi anak jiran lain.
Dia juga hanya menghantar anaknya itu lebih kurang 15 kali dalam sebulan. Walau bagaimanapun, dia akan membayar yuran secara penuh satu bulan dan turut memberikan bonus setiap tahun kepada pengasuh tersebut.
Manakan tidak, layanan baik seperti itu memang tiada tandingan dan tidak dapat di mana-mana!
Tambah Aida, dia juga akan pastikan anaknya bersalam dengan pengasuh sebelum pulang dan memanggil pasangan tersebut sebagai ‘mummy’ dan ‘daddy’.
Menerusi ciapan itu juga, warganet turut berkongsi pengalaman masing-masing mendapat pengasuh yang menjaga kanak-kanak seikhlas hati.
“Macam my ibu dulu mengasuh anak orang pergi mana-mana, balik kampung bercuti semua bawak. Even diorang dah besar till now masih lagi datang nak makan masakan ummi. She deserved it, loving and caring mom ever. Sayang anak orang macam anak sendiri,” kongsi @shfqsymzyn
“Pengasuh anak saya pun baik giler sampaikan kalau cuti weekend pun dia yang akan call suruh anak saya datang rumah dia,” tulis @iezawanza_