Nasihat KKM, Ini Perkara Yang Boleh Dilakukan Di Rumah
Disebabkan sekarang Maduners berada di rumah mengikut arahan perintah kawalan pergerakan, ini perkara yang Maduners boleh lakukan di rumah menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
1. Luang Masa Bersama Keluarga
Photo by Daria Shevtsova from Pexels
Maduners yang sentiasa sibuk bekerja harus mengambil peluang ini untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta.
Luangkan masa bersama anak-anak tersayang agar mereka sentiasa ceria walaupun duduk di rumah sahaja sewaktu cuti sekolah ini.
2. Bersenam Untuk Kekal Aktif
Photo by Andrea Piacquadio from Pexels
Maduners kena ingat, walaupun kita dikenakan perintah kawalan pergerakan dan perlu duduk di rumah, Maduners masih perlu menjaga kesihatan dengan bersenam.
Jangan risau tidak dapat pergi ke gim sebab Maduners boleh lakukan home workout dengan menonton tutorial di Youtube. Banyak video mengenai home workout di Youtube!
Ajak semua ahli keluarga Maduners bersenam bersama!
3. Berhubung Dengan Keluarga & Rakan Melalui Telekomunikasi
Photo by Andrea Piacquadio from Pexels
Di saat Maduners harus duduk di rumah, Maduners masih boleh berhubung dengan ahli keluarga lain dan rakan-rakan melalui panggilan telefon.
Sentiasa bertanya khabar mengenai kesihatan mereka terutamanya ibu bapa kita dan memberikan nasihat kepada mereka untuk kerap membasuh tangan.
Tip! Maduners juga boleh video call kalau rindu nak lihat wajah ahli keluarga serta rakan-rakan!
4. Beli Barang Keperluan Secara Online
Photo by Andrea Piacquadio from Pexels
Madu nak nasihatkan kepada Maduners supaya jangan lakukan panic buying!
Kita masih boleh keluar untuk memberi barang keperluan cuma kurang digalakkan, jadi Madu bagi tips, Maduners boleh beli barang keperluan secara online! Lebih mudah dan simple.
Terima kasih abang delivery hantarkan barang!
5. Baca Buku & Majalah
Photo by Andrea Piacquadio from Pexels
Inilah masanya untuk Maduners relax dan take it slow. Jarang kita dapat masa untuk membaca buku dan majalah kerana sibuk berkerja. Rushing kejar deadline!
Jadi sekarang Maduners boleh membaca buku dan majalah sambil minum iced or hot latte. Bestnya!
6. Bekerja Dari Rumah
Walaupun Maduners dapat duduk di rumah dan tak perlu masuk pejabat, mesti ada kerja yang tertangguh.
Maduners boleh siapkan kerja yang tertangguh di rumah serta susun jadual kerja dengan baik. Yang terbaik adalah boss tiada di sekeliling kita! Wew, lega rasanya!
7. Ulangkaji & Siapkan Kerja Sekolah
Photo by Annie Spratt on Unsplash
Maduners boleh pantau anak-anak Maduners dengan menyuruh mereka menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru! Maduners mesti memantau mereka agar tidak berkeliaran di luar rumah!
Madu nak pesan kepada mereka yang akan mengambil ujian seperti UPSR, PT3 dan SPM supaya sentiasa mengulang kaji ya!
Jangan bazirkan masa kerana masa itu emas!
8. Berinteraksi & Melakukan Kerja Rumah Bersama Keluarga
Photo by Gustavo Fring from Pexels
Pastikan rumah Maduners sentiasa bersih agar Maduners dan ahli keluarga tidak mempunyai risiko terkena penularan wabak Covid-19.
Maduners boleh membersihkan rumah bersama suami dan anak-anak agar dapat mengeratkan hubungan sambil mengurangkan risiko wabak Covid-19! 2 in 1! Yay!
Maduners dan ahli keluarga harus kerap basuh tangan ya! Nasihat dari Madu!